Gitaris Kumpulan Kristal nyaris maut dalam kemalangan ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 11 October 2012

Gitaris Kumpulan Kristal nyaris maut dalam kemalangan


Gitaris Kumpulan Kristal nyaris maut dalam kemalangan


Seorang gitaris kumpulan Kristal, Ammar Izwan Alwi Aizhar, 25, nyaris maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah daripada dua kereta yang bertembung dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian sama, pemandu kereta Toyota Camry, Lim Gian Hau, 32, maut, manakala, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Nor Azlan Zainal Abidin, 26, yang memandu kereta Proton Saga BLM, cedera parah.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, salah sebuah daripada kereta terbabit melangggar lampu isyarat merah menyebabkan berlaku pertembungan di tengah-tengah simpang empat itu.

Kereta Toyota Camry yang datang dari arah Jalan Sri Permaisuri Satu merempuh kereta Proton Saga BLM dari arah Jalan Sri Permaisuri menyebabkan kedua-dua kenderaan itu berpusing beberapa kali.

Menurut Ammar Izwan, dia dan rakannya yang juga bekas peserta Bintang Klasik Nasional, Nor Fazrah Bahari, 25, atau Fazz yang menaiki kereta Proton Wira Aeroback ketika itu berhenti di simpang lampu isyarat yang sama.

Katanya, kejadian berlaku sekelip mata, sebelum keretanya tiba-tiba dirempuh di bahagian depan.

“Saya nampak kereta Toyota Camry dipandu laju dari arah bertentangan, manakala kereta Proton Saga BLM pula dari arah kanan. Kedua-duanya bertembung dan berpusing beberapa kali di tengah-tengah simpang empat ini.

“Ketika itu, saya sedang berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau dan terkejut apabila Toyota Camry itu merempuh bahagian depan kereta saya,” katanya.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan keretanya remuk, namun bersyukur dia dan rakannya terselamat dalam kejadian itu.

Sementara itu, Gian Hau disahkan maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk, manakala, Mohd Nor Azhar yang cedera parah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • ALLAHUAKBAR !! Cerita Penuh Gadis Remaja Cina Malaysia Peluk Islam
    03.03.2012 - 0 Comments
    Muallaf Pun Pandai Tutup Aurat Dengan Sempurna... Mereka Peluk Islam Sebab Nak Jadi Penganut Islam…
  • GILA !! IBU DERA ANAKNYA YANG MASIH BAYI
    10.05.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendera dan memperlakukan bayi perempuannya seperti haiwan dan…
  • China Haramkan Bayi Diberi Nama Islam
    01.05.2017 - 0 Comments
    Terbaru China mengenakan peraturan baharu di wilayah paling ramai dihuni umat Islam dengan melarang…
  • Fuhh Pencuci tandas ini peroleh ijazah
    15.05.2012 - 0 Comments
    FILIPAJ menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di New York…
  • (Video) Cara Ronaldo Raikan Kemenangan Portugal Euro 2016
    18.07.2016 - 0 Comments
    Kapten pasukan bola sepak kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan kemenangan menjuarai kejohanan…