Kontraktor palsu tipu RM2 juta ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 28 October 2012

Kontraktor palsu tipu RM2 juta


Kontraktor palsu tipu RM2 juta
KERJA pengubahsuaian ruang tamu rumah Chiew Ming di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang terbengkalai pada Mei lalu selepas suspek menghilangkan diri.

Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mendakwa dirinya sebagai kontraktor kini menjadi buruan polis serta lebih 10 pemilik rumah di sekitar ibu negara selepas disyaki menipu dalam projek pengubahsuaian bangunan membabitkan kerugian lebih RM2 juta sejak awal tahun lalu.

Suspek mudah memperdayakan mangsa kerana menjalankan urusan seperti kontraktor tulen dengan mengemukakan sebut harga serta resit bayaran menggunakan alamat sebuah syarikat pereka dalaman di Selayang dekat sini.

Bagaimanapun, apa yang menyebabkan para pelanggannya sesal tidak sudah ialah suspek menghilangkan diri sebaik sahaja mendapat bayaran dan dalam kes tertentu, hanya menyiapkan sebahagian projek sebelum lesap.

Dia dipercayai bergiat aktif di sekitar Sentul, Sri Petaling, Kepong, Segambut dan Balakong.

Seorang mangsa, Chai Chiew Ming, 43, mendakwa kerugian lebih RM260,000 apabila lelaki itu menghilangkan diri selepas menyiapkan separuh sahaja daripada kerja pengubahsuaian rumah dua tingkat miliknya di Sri Petaling, di sini pada Mei lalu.

Perunding perniagaan itu pada sidang akhbar di sini semalam memberitahu, selepas gagal mengesan suspek dan mendapati pejabat lelaki itu di Selayang sebenarnya disewa syarikat lain, Chiew Ming membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini.

Seperti mangsa yang lain, Chiew Ming mendapatkan khidmat suspek menerusi orang tengah yang dikenali sebagai Khor.

Peniaga barang lusuh, Wan Kok Heng, 31, pula mendakwa kerugian lebih RM100,000 apabila mengupah suspek untuk mengubahsuai rumah teres milik isterinya di Sentul Jaya 3 di sini pada April lalu.

Kok Heng hanya menyedari ditipu selepas suspek lesap dan projek pengubahsuaian rumah itu terbengkalai.

Akibatnya, dia terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit lagi untuk mengupah kontraktor lain menyiapkan projek tersebut.

sumber

P/s: hati2 semua..walau berurusan dengan siapa pon.sekarang orang yang takde pape pon boleh mngaku jadi doktor dan sebagainya..penipuan dimana2.be alert people and keep updating the latest news.

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • [Video] : Vin Diesel Puji Ramadan Dan Mahu Cabar Diri Puasa
    02.06.2017 - 2 Comments
    Bintang Fast & Furious baru-baru ini menerusi sebuah rakaman video meluahkan perasaan kagum beliau…
  • Kapal mewah peninggalan Steve Jobs
    30.10.2012 - 0 Comments
    GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan kapal mewah Venus sepanjang 80 meter. NEW…
  • (Video) Spa Minyak Mentah Di Azerbaijan
    10.04.2017 - 0 Comments
    Azerbaijan merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak terbesar di dunia sejak berabad-abad lamanya.…
  • Info : Cara Tepat Memakai Dan Membeli Coli Bagi Wanita
    11.04.2017 - 0 Comments
    Perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap wanita
  • COOL!! CARA-CARA HILANGKAN DAGU BERLAPIS
    16.02.2012 - 1 Comments
    Dagu berlapis merupakan istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan lemak bawah kulit yang wujud dan…