Kemalangan maut GTR 35 & Skyline 34 akibat berlumba Di Kuantan ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 7 October 2012

Kemalangan maut GTR 35 & Skyline 34 akibat berlumba Di Kuantan

**UPDATE: GAMBAR KEMALANGAN GTR35 VS SKYLINE DI >SINI<

Kemalangan maut GTR 35 & Skyline 34 akibat berlumba Di Kuantan
gambar hiasan

KUANTAN: Empat maut manakala dua parah apabila dua buah kereta terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan 4 pagi itu ialah pemandu kereta jenis Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpangnya Bao Shanshan yang merupakan seorang warga China.
Manakala dua lagi ialah pemandu kereta Nissan Skyline iaitu Go Haw Wei, 20, dan penumpangnya Koay Khor Liang, 21.

Dua yang cedera juga merupakan warga China yang berada di dalam kereta Nissan GTR berkenaan.


Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, kedua-dua kereta itu datang dari arah Kuantan menuju Semambu dan dipercayai terbabas dan melanggar pokok.


"Pemandu kereta Nissan GTR itu sedang membawa tiga warga China yang bekerja di sebuah Spa di sini. Mengikut siasatan awal, kedua-dua kereta terbabit dipandu laju dalam keadaan jalan basah berikutan hujan," katanya.

Semua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. - Bernama

P/s :berhati2 dijalan raya.takyah la sampai berlumba bagai.huhu

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! PENJARA YANG PALING CANTIK DAN SELESA DI NORWAY
    24.03.2012 - 1 Comments
    nama penjara ni Halden Prison kat norway.xcaya g google sendiri..jom kita tengok macamne keadaan penjara kat…
  • Kemalangan Lamborghini Yang Dipandu 200km/j Oleh Seorang Mekanik
    23.05.2013 - 0 Comments
    Kunming, China - May 13: Kejadian jam 4.40 petang ini meragut nyawa serta merta seorang penunggang skuter…
  • PELIK !! WANITA INI SUDAH 10 TAHU TIDAK DUDUK
    18.03.2012 - 0 Comments
    Sejak sepuluh tahun lalu, duduk menjadi sesuatu yang sangat menyiksa bagi Angela Whitbread. Sebuah…
  • Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak
    20.07.2012 - 0 Comments
    Salam semua,kepada sesiapa yang baca entri neh yang beragama islam..tadi dah pengumuman yang sabtu ini…
  • COOL !! Koleksi Gambar Klasik Google Doodle Sejak 1998
    25.04.2012 - 0 Comments
    Tahukah anda Google Doodle pertama ialah untuk Burningman Festival pada tahun1998. Pada tahun itu…