Budak Dibunuh Hanya Kerana Ejek 'GILA' ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 23 October 2012

Budak Dibunuh Hanya Kerana Ejek 'GILA'


Budak Dibunuh Hanya Kerana Ejek 'GILA'

Hanya kerana diejek 'gila', dua lelaki warga Kemboja dipercayai bertindak kejam memukul dan mencekik seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga mati sebelum mayatnya dibungkus lalu dicampak dalam semak di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Udang di sini kelmarin.

Mayat Syed Rasikin Syed Ismail ditemui bapanya yang berumur 35 tahun kira-kira pukul 10 malam ketika gerakan mencari anak tunggalnya bersama penduduk kampung dijalankan selepas dia didapati tidak pulang ke rumah pada pukul 7 malam.

Kali terakhir Syed Rasikin dilihat ibunya, Asimas, 30, pada pukul 6 petang semasa anaknya bermain di kawasan rumahnya.

Difahamkan ibu bapa mangsa juga merupakan warga Kemboja dan mereka mengenali suspek kerana bekerja bersama sebagai tukang jahit di sebuah rumah.

Ketika gerakan mencari tersebut, kedua-dua suspek turut berpura-pura membantu mengesan mangsa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Menurut beliau, seorang jiran yang mencurigai kematian itu telah menghubungi polis dan siasatan mendapati ada unsur jenayah.-kosmo

P/s : giler betul.apa pon takboleh

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Anjing Menitis Air Mata Menahan Kesakitan Akibat Diracun Penjenayah Selepas Gagalkan Cubaan Merompak
    15.05.2017 - 0 Comments
    Anjing dan kucing merupakan antara haiwan yang paling rapat dengan manusia. Tetapi, dari segi kesetiaan,…
  • Naik 20 Bas Sehari, Lelaki Ni Jadi Pemburu Pokemon Sepenuh Masa
    18.07.2016 - 0 Comments
    Walaupun Pokemon Go masih belum lagi masuk di negara-negara Asia, tapi aura yang dibawa Pokemon Go ni…
  • Peel P50: Kereta Terkecil Di Dunia Dengan Harga $16,000
    10.04.2017 - 0 Comments
    Peel P50 merupakan kereta yang telah tersenarai di dalam buku Guinness World Records sebagai kereta…
  • Khasiat-khasiat madu yang wajib diketahui !!
    25.02.2012 - 1 Comments
    * Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah. * Boleh mengendurkan urat-urat yang…
  • COOL!! Jackie Chan ada Jet Peribadi Dan Di Pamerkan di Pameran Singapore Airshow
    17.02.2012 - 0 Comments
    Wah!! Inilah pesawat peribadi Jackie Chan yan dipamerkan di sebuah Pameran Singapore Airshow .  Memang…