(6 Gambar) 'Rumah Degil' Chow Kit, Warisan Yang Perlu Dipertahankan ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 15 May 2016

(6 Gambar) 'Rumah Degil' Chow Kit, Warisan Yang Perlu Dipertahankan

'Rumah Degil' Chow Kit, Warisan Yang Perlu Dipertahankan


Sejak beberapa hari ini, sebuah rumah tradisional Melayu menjadi perhatian di laman sosial. Masakan tidak, lokasi rumah tradisional itu yang terletak di tengah-tengah kawasan pembangunan Kuala Lumpur sudah cukup membuat orang berasa takjub.

Dikenali sebagai Rumah Degil, ia berlokasi di Jalan Chow Kit dan telah berdiri di situ sejak berabad lamanya. Dilaporkan ia dibangunkan sekitar tahun 1926 dari satu kawasan yang lapang, sehinggalah dihimpit dengan bangunan pencakar langit.

'Rumah Degil' Chow Kit, Warisan Yang Perlu Dipertahankan

'Rumah Degil' Chow Kit, Warisan Yang Perlu Dipertahankan


Ia bukanlah satu berita yang baru, namun perkongsian di laman sosial baru-baru ini, lebih banyak memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan elemen yang boleh dipanggil warisan ini.

Ia didiami oleh seorang nenek yang bernama Norma Manjawali yang telah tinggal di situ sejak lahir pada tahun 1932.

Kini, Rumah Degil tiada lagi di Chow Kit, apabila ia telah diceraikan (bukan dirobohkan) satu persatu untuk tujuan pembinaan semula di lokasi lain.

Ia dilakukan oleh satu pasukan, dipanggil 'Rumah Pusaka Chow Kit' atau RPCK yang menjadi badan yang secara sukarela berusaha memelihara warisan asli di Kuala Lumpur.

Memetik laman The Vocket, RPCK bakal membina semula rumah itu selepas mendapat dana dan mengenalpasti tapak yang sesuai. Nenek Norma pula kini dilaporkan tinggal bersama anak perempuannya di Putrajaya.

Semoga kisah yang sedikit tentang Rumah Degil ini membuka mata lebih ramai pihak tentang warisan yang harus dipertahan agar ia tidak mudah ditelan dengan pembangunan dan juga wang ringgit.

'Rumah Degil' Chow Kit, Warisan Yang Perlu Dipertahankan

'Rumah Degil' Chow Kit, Warisan Yang Perlu Dipertahankan

'Rumah Degil' Chow Kit, Warisan Yang Perlu Dipertahankan


sumber 1& sumber 2


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Info : Bagaimana Resipi Rahsia KFC Disimpan?
    11.04.2017 - 0 Comments
    Tahukah anda, dalam dunia ini hanya 2 eskekutif KFC sahaja yang tahu resepi sebenar KFC? Mungkin anda…
  • GEMPAR !! Anonyupload, Laman Perkongsian Fail Daripada Pihak Anonymous
    24.01.2012 - 0 Comments
    Setelah kes penutupan laman perkongsian fail popular, Megaupload dan beberapa lagi laman perkongsian…
  • Remaja 16 Tahun Jana Pendapatan Sebanyak RM260,000 Dengan Hanya Beri Nama Anak Dalam Bahasa Inggeris
    05.05.2017 - 0 Comments
    Dengar seperti tidak masuk akal apa yang dilakukan kerana ia hanya boleh dilakukan dengan hanya logik…
  • (Video) Undertaker Akhirnya Bersara Dari WWE
    07.04.2017 - 0 Comments
    Siapa tidak kenal ahli gusti professional Amerika Syarikat, Mark William Calaway atau dikenali sebagai…
  • Berlakon, Cara Johan As'ari Berdakwah
    13.02.2012 - 1 Comments
    PETALING JAYA: Pelakon Johan Arrif As'ari, 26, meminta umum tidak memandang skeptikal terhadap kerjayanya…