Wanita Saman Starbucks RM19.5 Juta Kerana Dalam Cawan Banyak Ais ~ Bila Han Bercerita

Monday, 2 May 2016

Wanita Saman Starbucks RM19.5 Juta Kerana Dalam Cawan Banyak Ais

Wanita Saman Starbucks RM19.5 Juta Kerana Dalam Cawan Banyak Ais


CHICAGO: Seorang wanita menjadi tumpuan di Amerika Syarikat (AS) kerana memfailkan saman berjumlah AS$5 juta (RM19.5 juta) terhadap syarikat jenama minuman berasaskan kopi, Starbucks, kerana mendakwa setiap cawan minuman itu mengandungi terlalu banyak ais.

Portal berita Telegraph melaporkan, Stacy Pincus mendakwa pelanggan telah ‘diperbodohkan’ selama ini kerana minuman sejuk itu hanya mengandungi separuh air yang nilainya dibayar, manakala selebihnya hanyalah ketulan ais.

Starbucks mempunyai rangkaian 24,0000 cawangan di 70 negara di seluruh dunia dan lebih daripada 11,000 cawangan di AS.

Aduan yang dijilid setebal 29 muka surat itu difailkan di Mahkamah Persekutuan Northern Illinois di Chicago minggu lalu.

“Pelanggan Starbucks yang memesan minuman sejuk saiz Venti hanya menerima 14 aun (410ml) minuman tersebut – kira-kira separuh daripada isipadu yang diiklankan dan yang dikenakan bayaran,” jelas aduan itu.

Pincus memberi contoh: “Bagi kopi ais, pelanggan yang memesan dan membayar bagi saiz Venti, menjangkakan menerima 24 aun (710ml) kopi berdasarkan iklan dan pemasaran Starbucks. Sebaliknya mereka hanya mendapat 14 aun.

Wanita Saman Starbucks RM19.5 Juta Kerana Dalam Cawan Banyak Ais

Aduan itu juga menambah, Starbucks hanya memaparkan saiz cawan di menunya, dan bukannya jumlah isipadu yang sepatutnya diterima dalam pembelian. Dengan itu, menurut Pincus, seumpama menipu pelanggan.

Peguam Steven Hart yang mewakili Pincus, memberitahu bahawa nilai akhir tuntutan saman itu jika ia berjaya, mungkin lebih tinggi daripada AS$5 juta.

Starbucks menolak tuntutan saman tersebut yang disifatkan sebagai ‘pelik’ dan ‘tidak masuk akal’.
“Pelanggan kami memahami bahawa ais adalah komponen penting dalam pembuatan mana-mana minuman sejuk,” ujar jurucakapnya.

Starbucks juga berkata, mereka lebih dari gembira untuk membuat semula minuman pelanggan yang tidak berpuas hati.

sumber

P/s: kelakar pon ada. haha


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Tips Dan Panduan Memilih Jodoh
    11.02.2012 - 0 Comments
    Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan…
  • Anonymous Berjaya Paksa CIA Tutup Laman Web
    12.02.2012 - 0 Comments
    Kumpulan penggodam internet terkenal yang dikenali sebagai “Anonynous” mengganas lagi apabila dilaporkan…
  • Pakar analisis pelaburan meramalkan Facebook akan lenyap dalam 8 tahun ?
    13.06.2012 - 0 Comments
    KEJATUHAN nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang…
  • COOL !! Nenek belajar Karate kerana bimbang dirogol
    09.03.2012 - 2 Comments
    PADA usia 60, 80 atau mungkin 100 tahun, wanita generasi warga emas Karateka di Korogocho gigih…
  • COOL : Sejarah awal makanan segera
    04.03.2012 - 0 Comments
    Bila sebut tentang Makanan Segera,pasti 'Pizza' dan 'Burger' yang terbayang di benak fikiran. Namun dua…