Teh "RARE" Ini Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600 !! ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 15 May 2016

Teh "RARE" Ini Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600 !!

Teh Ini Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600


Fujian, China: Membelanjakan wang AS$10,000 (RM40,200) untuk seteko teh mungkin kedengaran keterlaluan.

Bagaimanapun, itulah harga yang peminat teh sanggup bayar untuk menghirup Da Hong Pao asli, teh paling jarang ditemui di dunia.

Harga untuk satu gram boleh mencecah AS$1,400 (RM5,600). Teh yang terkenal mahal ini sebenarnya 30 kali lebih mahal daripada segram emas.

Apa yang menyebabkan teh ini sangat mahal?

Menurut pakar teh China, Xiangning Wu, Da Hong Pao begitu berharga kerana ia sangat sukar untuk ditemui.

Teh Ini Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600


Katanya, pokok teh Da Hong Pao asli hampir pupus.

Beberapa jenis teh yang tumbuh di pergunungan Wuyi di daerah Fujian, China juga sangat jarang ditemui sehingga dianggap tidak ternilai harganya.

Pembuat teh generasi lama turut mengadakan ritual tahunan khas untuk Da Hong Pao supaya pokok teh itu tumbuh subur.

Mereka pergi ke kawasan pergunungan pada setiap musim bunga dan berdoa kepada tuhan teh, Lu Yu supaya pucuk baru tumbuh.

Daun teh itu dikatakan disapu dengan susu kambing ketika ia membesar dan selepas ia dituai.

Daunnya kemudian dikeringkan dan dibiarkan selama 80 tahun untuk mendapatkan rasa teh yang istimewa. - Agensi


sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Teknik Bernafas Dari Orang Jepun Ini Mampu Mengurangkan Masalah Perut Buncit
    16.04.2017 - 0 Comments
    Seorang pelakon popular daripada Jepun, Miki Ryosuke, telah menemui cara dan kaedah yang mudah untuk…
  • THE EASIEST TIPS TO GET A NUFFNANG BUFFERED EARNINGS
    18.03.2012 - 0 Comments
    Hey guys,what so very impressive tittle isnt?okay today i'll be going to share with you guys about the…
  • PELIK !! Kentut Lembu Kini Dijual Di Dalam Tin
    09.11.2014 - 0 Comments
    Bila dah lama berhijrah ke bandar pasti kita akan merindui suasana kampung halaman. Sebuah syarikat di…
  • 10 Cara Paling Efektif Tambah Air Mani
    22.03.2012 - 0 Comments
    Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur…
  • Sarung tinju Muhammad Ali dilelong
    16.07.2016 - 0 Comments
    HARRISBURG, Pennsylvania 12 Julai - Sarung tinju yang digunakan Muhammad Ali ketika ditewaskan Joe…