Perompak masuk ikut tandas, larikan RM200,000 ~ Bila Han Bercerita

Monday, 9 May 2016

Perompak masuk ikut tandas, larikan RM200,000

Perompak masuk ikut tandas, larikan RM200,000


Kuala Lumpur – Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM200,000 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar di Ampang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kumpulan itu dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecahkan mesin ATM milik dua bank berlainan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata suspek masuk ke premis berkenaan melalui tandas yang terletak berhampiran mesin itu.

“Mereka memecahkan dinding di dalam tandas berkenaan untuk masuk ke pasar raya dan memecahkan dua mesin ATM sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.


Beliau berkata polis percaya kejadian itu dilakukan lebih daripada dua orang suspek.

“Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya ini untuk memburu kesemua suspek,” katanya.

Hamzah berkata kes berkenaaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun serta denda. – Bernama


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Keith Foo teruja tunang beri 'green light' beli Nissan GTR 35
    16.11.2014 - 0 Comments
    Pelakon kacak Keith Foo baru-baru ini memuat naik sekeping foto sebuah kereta Nissan Skyline di laman…
  • COOL : Lamborghini Galladro Dengan Rak Ski Yang Ohsem
    14.07.2012 - 0 Comments
    Kereta Lamborghini yang diubahsuai ini dimiliki oleh Jon Olsson,yang juga merupakan seorang atlit…
  • PENTING: Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?
    26.01.2012 - 0 Comments
    Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah…
  • Suhu Badan Mungkin Akan Digunakan Sebagai Sumber Tenaga Elektrik Di Masa Hadapan
    14.04.2017 - 0 Comments
    Sumber tenaga adalah satu perkara yang amat penting buat semua orang. Kajian demi kajian dijalankan, demi…
  • (Video) Undertaker Akhirnya Bersara Dari WWE
    07.04.2017 - 0 Comments
    Siapa tidak kenal ahli gusti professional Amerika Syarikat, Mark William Calaway atau dikenali sebagai…