Shaheizy Sam turunkan berat badan 8kg untuk filem baharu ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 1 May 2016

Shaheizy Sam turunkan berat badan 8kg untuk filem baharu

Shaheizy Sam turunkan berat badan 8kg untuk filem baharu
SHAHEIZY Sam kurus demi watak Naufal dalam filem Pinjamkan Hatiku.


Apabila melihat wajahnya yang semakin cengkung dan berat badannya yang kian susut, ramai rakan dan peminat yang mula risau melihat keadaan fizikal pelakon, Shaheizy Sam.

Mana tidaknya, aktor terbabit dikatakan kehilangan kira-kira lapan kilogram (kg) sejak beberapa minggu lalu.

Melihat keadaannya yang semakin kurus, pasti banyak pihak yang bimbang jika pelakon berbakat pujaan ramai itu berdepan sebarang penyakit.

Semalam, beliau memuat naik gambar selfie yang nyata menyerlah mukanya yang runcing dan badan yang kelihatan semakin menyusut.

Rupa-rupanya, Sam sengaja menurunkan berat badannya bagi menjayakan watak Naufal dalam filem terbaharu berjudul Pinjamkan Hatiku. Diarahkan Osman Ali, filem terbabit turut membariskan dua lagi bintang popular, Ayda Jebat dan Farid Kamil.

"Saya turun 8 kg untuk watak Naufal ini,"

Menurut Sam, tujuan beliau memuat naik gambar itu bagi menjelaskan persoalan ramai mengenai berat badan dan bentuk fizikalnya sekarang.

"Ramai yang bertanyakan saya soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ini, seperti apakah saya sedang sakit dan kenapa saya terlalu kurus? Tidak kurang juga yang beri kenyataan memohon saya jangan kurus sangat nanti tidak lagi kacak. Sebenarnya, apa yang saya buat ini demi tuntutan watak dan kerja. Alhamdulillah, saya masih sihat.

"Untuk menjadi pelakon, kita tidak boleh sentiasa sentiasa menjadi kacak, macho atau comel. Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon. Apapun, terima kasih kerana mengambil berat. Saya sayang kamu semua," katanya.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • (Video) : Inilah Lembu Tertinggi di Dunia
    27.11.2016 - 0 Comments
    Seekor lembu jantan seberat 1,043 kilogram (kg) dan setinggi dua meter dinamakan Danniel dipercayai…
  • Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon
    17.04.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) berjanji pada…
  • COOL : Polis Malaysia berjaya menumpaskan penjahat yang memandu dengan kelajuan 180KM/J
    10.03.2012 - 2 Comments
    respect sama ini polis :) Jom tengok malaysia naik EVO kejar Satria gti yang memandu 180km/j. .fuh…
  • COOL : Facebook kini membuka tawaran pekerjaan
    15.06.2012 - 0 Comments
    Hello everyone,aku baru je perasan benda ni,tapi tak tahu la kalau korang da tahu lame saje nak…
  • Fakta tentang Bill Gates
    19.01.2012 - 0 Comments
    1. Bill Gates menghasilkan wang US$250 setiap satu saat, iaitu lebih kurang US$20 juta sehari dan US$7.8…