Lelaki Bergaji RM16,000 Sebulan Saman Majikan Kerana Kerjanya Membosankan ~ Bila Han Bercerita

Monday, 9 May 2016

Lelaki Bergaji RM16,000 Sebulan Saman Majikan Kerana Kerjanya Membosankan

Lelaki Bergaji RM16,000 Sebulan Saman Majikan Kerana Kerjanya Membosankan
Lelaki di Paris itu mendakwa tugasnya menyebabkan dia mengalami kebosanan dan menyumbang kepada masalah kesihatan dan emosi yang serius. - Gambar hiasan


PARIS: Anda pernah berasa bosan di pejabat? Jika ya, cuba failkan saman ke atas majikan anda.

Tindakan itu diambil Frederic Desnard di Paris, yang pernah bekerja sebagai 'Pengarah Perkhidmatan Am'.

Desnard memfailkan saman ke atas bekas majikannya Interparfums kerana kerjanya yang didakwa sangat membosankan.

Dia menuntut ganti rugi kerosakan berjumlah AS$415,000 (RM1.67 juta) kerana tekanan.

Desnard, 44, bekerja untuk syarikat tersebut antara tahun 2010 ke 2014 dan diberhentikan kira-kira 18 bulan lalu.

Dia mendakwa tugasnya menyebabkan dia mengalami kebosanan dan menyumbang kepada masalah kesihatan dan emosi yang serius.

Peguam Desnard, Montasser Charni dalam tuntutan saman memaklumkan, anak guamnya mengalami kemurungan kritikal dan pernah mengalami kemalangan jalan raya selepas diserang sawan.

Kemalangan berkenaan menyebabkan Desnard koma dan terpaksa mengambil cuti sakit selama seminggu.

Desnard dibayar AS$4,000 (RM16,100) sebulan sebagai 'Pengarah Perkhidmatan Am' namun dia menyifatkan bidang tugasnya adalah untuk 'tidak melakukan apa-apa'.

Dia juga mendakwa majikan memanggilnya dengan nama yang tidak wajar dan memintanya melakukan tugas-tugas peribadi, termasuk menjemput anak dari latihan sukan.

Kerana ketiadaan tugasan, Desnard akhirnya diminta pulang ke rumah dan hanya diminta kembali bekerja sebaik dihubungi majikan.
Panggilan itu bagaimanapun tidak diterima Desnard, dan peguam Desnard menyifatkan kebosanan itu sebagai satu bentuk gangguan.

Dakwaan Desnard bagaimanapun dinafikan Interparfums.

Kes berkenaan kini dalam pertimbangan tribunal buruh di Paris, sementara keputusannya dijangka diketahui Julai depan.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Serius !! Wanita Ini Makan 1 Tan Bedak Talkum Setiap Hari
    14.07.2016 - 0 Comments
    Pelik tapi benar. Seorang wanita dan juga ibu dari Britain mendedahkan “makanan” kesukaannya iaitu bedak…
  • PELIK !! WANITA INI SUDAH 10 TAHU TIDAK DUDUK
    18.03.2012 - 0 Comments
    Sejak sepuluh tahun lalu, duduk menjadi sesuatu yang sangat menyiksa bagi Angela Whitbread. Sebuah…
  • Pelatih PLKN Mati Dipukul Di DAlam Bilik Air
    24.09.2013 - 0 Comments
    Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi,…
  • Iklan Gong Xi Fa Cai Dari BERNAS yang menyayat hati
    25.01.2012 - 0 Comments
    SUMBER
  • COOL : Kreatif level 900 gunakan botol sebagai lampu
    06.05.2012 - 0 Comments
    botol diletakkan di atap bagi membantu menghasilkan pencahayaan yang murah Hey people,tajuk entri aku da…