Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat ~ Bila Han Bercerita

Monday, 9 May 2016

Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat

Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat
Gambar Hiasan


RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang wanita Arab Saudi menuntut diceraikan suaminya, sesudah lima hari berkahwin, setelah mengetahui lelaki yang dikahwininya itu tidak patuh menunaikan suruhan Islam.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu naik berang apabila menyedari suaminya itu tidak menunaikan solat lima waktu (amalan wajib bagi umat Islam), lapor al-Marsad.

Laporan berita itu, sekali gus mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat di media Arab Saudi.

Seorang pengguna media yang dikenali sebagai Reem menyokong tindakan wanita tersebut.

"Islam sangat jelas tentang kewajipan solat. Wanita ini jelas tidak mahu hidup dengan seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang muslim, dan perkara yang terbaik adalah untuk menamatkan perkahwinan pada peringkat yang paling awal," ujarnya.

Sementara menurut seorang lagi, Khaled pula berkata wanita itu bertindak betul dengan meminta supaya diceraikan.

"Dia bertindak betul, apabila seorang suami tidak menunaikan suruhan Tuhan, dia tidak akan menghormati segala janjinya kepada isterinya dan cara terbaik adalah berpisah," katanya.

Sementara bagi mereka yang menentang tindakan wanita itu berkata, wanita itu mengambil tidakan yang terlalu awal dan bersikap terburu-buru.

"Dia (wanita) itu tidak boleh terlalu tergesa-gesa, dia perlu bertimbang rasa sebelum meminta diceraikan,"kata seorang pelayar.

Dalam pada itu, menurut seorang lagi pelayar mengatakan wanita itu perlu bersabar terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang  tindakan.

"Dia sepatutnya lebih bersabar dan secara beransur-ansur menyuruh suaminya untuk menunaikan  solat," kata seorang pengguna.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Slender Vender : Mesin Jualan Minuman Ringan Paling Nipis Di Dunia Dari Coca-Cola
    27.04.2017 - 0 Comments
    Coca-Cola telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak Ogilvy & Mather Paris iaitu sebuah spa…
  • Cara Dan Langkah Elakkan Tidur Berdengkur
    26.02.2012 - 0 Comments
    Berdengkur adalah satu bunyi bising yang dikeluarkan semasa bernafas dalam tidur apabila sebahagian…
  • Maxis Beri Biasiswa RM3.16 juta kepada 22 orang Pelajar
    12.05.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Maxis Berhad (Maxis) menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (MSEA) bernilai…
  • Kanak-kanak maut tertembak diri sendiri dengan pistol bapa pada hari jadi
    17.06.2012 - 0 Comments
    KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas tertembak diri sendiri menggunakan…
  • Fakta Menarik Tentang Youtube
    11.02.2012 - 0 Comments
    Youtube merupakan laman web video sharing yang paling popular abad ini sehinggakan budak-budak kecil pun…