Harumanis lebih mahal daripada Musang King ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 15 May 2016

Harumanis lebih mahal daripada Musang King

Harumanis lebih mahal daripada Musang King


SHAH ALAM - Harga pasaran bagi mangga harumanis pada tahun ini nampaknya lebih mahal daripada durian jenis Musang King.

Mana tidaknya dek kerana kekurangan hasil pengeluaran mangga harumanis ini, telah menyebabkan harga pasaran bagi buah berkenaan naik mendadak sehingga mencecah sekilogram RM50 sementara durian jenis Musang King baru berharga RM35 sekilogram.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini,menyatakan bahawa harga mangga harumanis pada tahun ini paling tinggi pernah dijual berbanding musim sebelumnya.

Menurut seorang penjual harumanis, Halijah Bi Ibramsa, 58, berkata, kenaikan harga itu disebabkan hasil pengeluaran buah yang turun dua kali ganda.

"Saya tak ada ladang, semua buah yang saya jual saya ambil dari ladang orang dan harga yang saya tetapkan memang agak mahal tapi ia bergantung pada kos pembelian saya dari ladang dan juga jenis harumanis,” katanya yang  sudah 20 tahun menceburi dunia perniagaan harumanis ketika ditemui Sinar Harian di gerai jualannya di Kuala Perlis.

Tambah Halijah Bi, dia menjual harumanis gred premium A dengan harga RM50 sekilo pada kali ini berbanding pada musim lalu hanya RM30 sekilo bagi jenis yang sama.

“Saya pun bukan sengaja nak letak mahal, ini pun saya ambil untung RM5 saja sebab saya ambil dari ladang sekilo RM45,” ujarnya.

Sementara itu, memetik laporan China Press menyatakan harga durian Musang King jatuh kepada RM35 kerana penawaran lebih banyak daripada permintaan.

"Minggu lalu Musang King sekilo RM60 minggu ini ia turun menjadi RM35, buah banyak menjadi antara punca harga turun," jelas seorang peniaga durian Musang King yang menjalankan perniagaan menjual durian tersebut di Betong, Pahang.

Musang King mengeluarkan hasil dua kali setahun.




Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Bahaya Timang Anak !! (WAJIB BACA)
    28.10.2014 - 0 Comments
    SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan…
  • WOW : Ahli Perniagaan Australia Mahu Bina Titanic Kedua
    30.04.2012 - 0 Comments
    SYDNEY – Salah seorang orang terkaya Australia, Clive Palmer hari ini mendedahkan rancangannnya untuk…
  • Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri
    14.03.2012 - 1 Comments
    KUALA LUMPUR, 12 MAC 2012: Perjuangan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi…
  • COOL : 17 Fakta tentang Bugatti Veyron
    17.05.2012 - 2 Comments
    Fakta tentang Bugatti Veyron 1. Develop oleh German dan dihasilkan di France. 2. Maximum engine power,…
  • Tahniah !! Jackie Chan Diberi Gelaran Datuk
    02.02.2015 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Pelakon dari Hong Kong, Jackie Chan mengejutkan ramai pihak apabila beliau hadir menerima…