Lelaki tembak mati abang hanya kerana berebut burger keju ~ Bila Han Bercerita

Monday, 9 May 2016

Lelaki tembak mati abang hanya kerana berebut burger keju

Lelaki tembak mati abang hanya kerana berebut burger keju


FLORIDA: Seorang lelaki berusia 25 tahun menembak mati abangnya dalam pergaduhan berhubung burger keju.

Benjamin Middendorf, dari Florida, berhadapan dakwaan membunuh selepas menembak mati abangnya itu, kata polis.

Benjamin menghubungi talian kecemasan 911 pada malam Khamis dan memberitahu polis beliau baru menembak abangnya, Nicholas, di rumah mereka.

Nicholas Middendorf, 28, kemudian diisytiharkan meninggal dunia di rumah akibat kecederaan ditembak di dada, lapor akhbar Orlando Sentinel.

Dalam rakaman panggilan, Benjamin kedengaran menjerit memberitahu dia 'cuba menahan tekanan' di dada abangnya.

Beliau juga kedengaran memberitahu 'mereka bergaduh dan beliau mengambil pistol dan menembak abangnya.'

Ibu mereka, yang berada di rumah ketika kejadian, memberitahu polis beliau dan Nicholas baru kembali dari bar apabila kedua-dua beradik itu mula bertengkar.

Wanita itu berkata, beliau mendengar Benjamin berkata akan menembak abangnya. Beliau kemudian mendengar sedas tembakan dan mendapati Nicholas terbaring di atas lantai di ruang tamu. - Agensi

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • SUKAR TIDUR MALAM BERISIKO 6 KALI GANDA HIDAP PENYAKIT
    01.02.2012 - 0 Comments
    LONDON 31 Jan. – Satu kajian baru mendapati, golongan yang sukar tidur malam berisiko enam kali lebih…
  • COOL : Google beli Motorola Mobility dengan harga AS$12.5 bilion
    24.05.2012 - 0 Comments
    LAMAN Google dipaparkan pada skrin telefon Motorola Droid. Pengambilalihan ini membolehkan Google…
  • Inilah Satu-satunya Rumah Ditengah Highway Di China
    04.12.2012 - 0 Comments
    Disebabkan pampasan yang diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi, pasangan dari China ini berdegil untuk…
  • Model Satria Neo Baru – Proton Artiga CUN GILA
    31.01.2012 - 0 Comments
    Model Satria Neo Baru – Proton Artiga Proton mempamerkan model konsep…
  • Sungai Golok Kini Bertukar Menjadi Pasar Ria
    09.05.2016 - 0 Comments
    Sungai Golok adalah antara sungai yang menjadi tanda sempadan Malaysia dan Thailand. Cuaca panas melampau…