ALHAMDULILLAH !! AKHIRNYA Awal Ashaari, Scha Al-Yahya Nikah 4 Mei Di Putrajaya ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 27 March 2012

ALHAMDULILLAH !! AKHIRNYA Awal Ashaari, Scha Al-Yahya Nikah 4 Mei Di Putrajaya






KUALA LUMPUR, 27 MAC 2012: Pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan.

Majlis akad nikah akan diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside sekitar jam 8.30 malam.

Jelas Awal, tarikh tersebut dipilih disebabkan kelapangan masa yang dimiliki oleh mereka berdua.

"Sebenarnya tidak ada sebab tarikh itu dipilih, cuma pada tarikh tersebut kebetulan lokasi yang dipilih tidak ditempah,"katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman pernikahan mereka di Ampang, sebentar tadi.

Majlis sidang media tadi turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut bakal menggayakan busana rekaan Syaiful Baharim.

Sementara itu tutur Scha pula, dia amat bersyukur segala persiapan sudah pun siap lebih 70 peratus.

"Alhamdulillah, persiapan kami kini sudah mencapai 70 peratus. Kami bersyukur kerana ramai yang membantu mempermudahkan persiapan majlis tersebut,"katanya sambil memberitahu mereka berdua telah pun menghadiri kursus kahwin pada penghujung bulan Januari lalu.

Sementara itu, majlis resepsi pula akan diadakan dua hari selepas itu (6 Mei) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Hampir 2000 tetamu dijangka hadir pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu, enam episod eksklusif persiapan perkahwinan mereka akan disiarkan di Astro Ria, manakala majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro Awani kelak.

Awal dan Scha dijangka akan berbulan madu di dalam negara sahaja kerana kesibukan kerja masing-masing.

Upacara merisik telah diadakan pada 30 Mei tahun lalu bersempena hari ulang tahun ke 28 Scha Al-Yahya.

SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA : RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar
    28.07.2012 - 0 Comments
    SYDNEY – Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat…
  • COOL !! KADAR MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI
    03.03.2012 - 1 Comments
  • Ini Sebabnya Kenapa Ada Ruang Di Bawah Pintu Tandas Awam
    15.05.2017 - 0 Comments
    Pernah tak anda terfikir, kenapa kebanyakan pintu tandas awam tidak ditutup penuh? Memang bersebab dan…
  • GILA !! MENANG LAMBORGHINI,TAPI LEBUR
    24.01.2012 - 2 Comments
    Alkisahnya macam ni, brader ni telah berjaya memenangi satu peraduan anjuran pasaraya dekat USA. Hasilnya,…
  • GILA !! RM50,000 Lesap Dalam Tren
    19.02.2012 - 1 Comments
    KUALA KRAI : Seorang suri rumah berusia 60 tahun, kini tidak lalu makan dan tidak lena tidur apabila…