COOL !! Kereta Bugatti Veyron Edisi Khas berharga RM6.73 juta ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 18 March 2012

COOL !! Kereta Bugatti Veyron Edisi Khas berharga RM6.73 juta




BERLIN - Pengeluar kereta supersport mewah, Bugatti baru-baru ini memperkenalkan model Veyron terbarunya yang menggunakan kemasan porselin dan dijual pada harga AS$2.24 juta (RM6.73 juta) seunit.

Kereta yang turut dikenali sebagai Grand Sport L'Or Blanc tersebut dilancarkan di luar kilang porselin milik syarikat Koenigliche-Porzellan-Manufaktur (KPM) di Berlin, Jerman. Ia dihasilkan sebagai meraikan permulaan kerjasama antara KPM dan Bugatti.

Menjadi kereta pertama yang menggunakan material porselin pada bahagian dalaman dan luarannya, hanya sebuah Veyron sebegini dihasilkan.

Bugatti Veyron dengan spesifikasi biasa dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit. Ia dilengkapi dengan sebuah enjin V8 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 407 kilometer sejam (km/j).

Pemilik KPM, Jorg Woltman memberitahu idea untuk bekerjasama dengan Bugatti sebenarnya diinspirasikan oleh Rembrandt Bugatti yang merupakan seorang pembuat arca terkenal. "Sekarang, kami telah menghasilkan porselin paling laju di dunia," kata Woltman. - Agensi
Share:

1 comment:

  1. whoa...that! freaking me out...ya..so cool ...! do visit my blog.. :D

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • China Haramkan Bayi Diberi Nama Islam
    01.05.2017 - 0 Comments
    Terbaru China mengenakan peraturan baharu di wilayah paling ramai dihuni umat Islam dengan melarang…
  • PELUANG UNTUK JADI MODEL/PELAKON DARI METROWEALTH
    25.01.2012 - 87 Comments
    Hey guys,Tadi hann merayau ke page fesbuk,terjumpa ni : hi korang..kami ada berita baik untuk korang…
  • Abby Fana Bukan 'Dibuang' TV3 Kerana Bertudung
    29.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana menolak tuduhan kononnya khidmat beliau sebagai…
  • Kes Dadah: Ezad Exist Direman Empat Hari
    20.11.2014 - 2 Comments
    Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim ditahan reman selama empat hari bermula Khamis kerana…
  • AWESOME GILA : Lamborghini Gallardo Super Trofeo Stradale kini di Malaysia
    16.04.2012 - 0 Comments
    Hey guys,tadi aku blogwalking,banyak gak blog aku singgah.satu blog boleh la dekat setengah…