WOW !! Pemandu teksi dapat tambang RM4,785 ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 25 March 2012

WOW !! Pemandu teksi dapat tambang RM4,785






HAMPSHIRE - Seorang pemandu teksi di Britain, Bob Ransley mendapat 'durian runtuh' apabila dia dibayar sebanyak £1,000 (RM4,785) untuk membawa sebuah keluarga dari rumah mereka di sini menuju ke banjaran Alps, di Perancis sejauh 1,280 kilometer untuk percutian bermain ski, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dibayar untuk membawa sepasang suami isteri, Peter Lelliott dan pasangannya, Rebecca Butler serta lima anak mereka selepas syarikat British Airways memberitahu bahawa penerbangan mereka terpaksa dibatalkan kerana salji tebal.
"Tiada penerbangan manakala tren rentas Eropah juga penuh dengan penumpang," kata Lelliott, 47.
Berazam untuk meneruskan percutian mereka, Lelliott menelefon syarikat teksi tempat Ransley bekerja di Southampton dan pemandu tersebut bersetuju membawa mereka ke resort Val D'Isere di Pergunungan Alps dengan teksinya.
Perjalanan melalui lebuh raya dan jalan berliku serta bersalji memakan masa 15 jam dengan Lelliott dan Ransley bergilir-gilir memandu teksi pelbagai guna (MPV) itu. - Agensi
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • TIPS TERBAIK UNTUK SUAMI KETIKA ISTERI SEDANG BERPANTANG
    08.05.2012 - 0 Comments
    Antara tips yang para suami boleh praktikkan sewaktu isteri sedang dalam pantang ialah:- 1. Para suami,…
  • COOL !! MESSI PON MENYOKONG FREE PALESTINE
    27.02.2012 - 0 Comments
    Hebat bukan?tadi Hann merayau kat facebook.jumpa benda ni.nak tahu lagi tentang messi..boleh like…
  • Lelaki Bergaji RM16,000 Sebulan Saman Majikan Kerana Kerjanya Membosankan
    09.05.2016 - 0 Comments
    Lelaki di Paris itu mendakwa tugasnya menyebabkan dia mengalami kebosanan dan menyumbang kepada masalah…
  • Kerbau ini bernilai RM47.8 juta
    27.04.2016 - 0 Comments
    Johannesburg: Seekor kerbau dinamakan Horizon dilaporkan sebagai paling berharga di dunia apabila…
  • semakan keputusan STAM melalui SMS
    20.01.2012 - 0 Comments
    Tadi Hann merayau website kementerian pelajaran malaysia.so terjumpa benda nih. ZOOM GAMBAR UNTUK…