PELIK !! LELAKI INI MEMAKAI LAMPIN SELAMA 18 TAHUN ~ Bila Han Bercerita

Friday, 23 March 2012

PELIK !! LELAKI INI MEMAKAI LAMPIN SELAMA 18 TAHUN




London – Seorang lelaki berusia 31 tahun sanggup menghabiskan usianya selama 18 tahun dengan memakai lampin pakai buang dan menghisap puting semata-mata ingin menjadi seorang budak berusia dua tahun.

Stanley Thornton bukan sahaja tidur dalam kandang bayi malah dia juga mempunyai bilik tidur sendiri yang dihiasi dengan perhiasan budak kecil.

Menurut Stanley, setiap hari dia berlagak seolah-olah dia budak berusia dua tahun dan dengan melakukannya, dia merasakan ia satu perkara paling penting dalam hidupnya.

“Ia merupakan perasaan yang tidak pernah saya alami sepanjang saya membesar.
“Dengan menjadi `budak dewasa’ saya dapat mengatasi segala masalah yang saya alami,” katanya.

Demi memenuhi kehendaknya menjadi budak, dia mempunyai crayon dan pensil untuk melukis serta kerusi kanak-kanak yang besar di mana dia akan duduk di situ ketika makan.

Stanley yang mempunyai berat badan 133 kilogram itu juga mempunyai tukang jahit sendiri yang menjahit baju tidur untuknya.

Dia yang pernah muncul dalam rancangan TLC’s My Crazy Obsession kini sedang mencari seorang ibu sepenuh masa.

SUMBER

P/s :gua rasa dia ni hilang akal..sudah2 la.umo dah 31.kalau ye pon kurg kasih syg,xpuas jadi budak2.cari la bini.jangan la sengal sangat.aduyai.
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Gambar Kereta Mewah Pemilik Megaupload Yang Disita
    22.01.2012 - 0 Comments
    Dan sekarang beberapa bukti foto fakta itu yang kereta yang dirampas membawa plat-plat lesen yang kata…
  • (5 Gambar) Alla Doktor Bedah Paling Tua, Tiada Kematian Sepanjang Buat Pembedahan
    01.06.2016 - 0 Comments
    Seusia umurnya 87 tahun, sudah tentu sebaya nenek atau moyang kita. Kiranya sedang rehat menikmati…
  • 23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah
    22.06.2013 - 0 Comments
    1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai…
  • China Haramkan Bayi Diberi Nama Islam
    01.05.2017 - 0 Comments
    Terbaru China mengenakan peraturan baharu di wilayah paling ramai dihuni umat Islam dengan melarang…
  • Hotel mewah dasar laut di Dubai
    10.05.2012 - 0 Comments
    Lakaran artis projek hotel di dasar laut, Water Discus Hotel yang bakal dibina di Dubai, Emiriyah Arab…