ALHAMDULILLAH !! Bekas Banduan Jadi Pelajar Cemerlang SPM ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 22 March 2012

ALHAMDULILLAH !! Bekas Banduan Jadi Pelajar Cemerlang SPM


Bekas Banduan Jadi Pelajar Cemerlang SPM

SHAH ALAM – “Kehidupan dalam penjara menginsafkan saya dan di dalam penjara menyedarkan saya bahawa hanya ilmu yang mampu mengubah jalan hidup saya dan saya percaya hanya ilmu yang mampu membersihkan nama saya.

“Saya tekad duduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2010 dan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun lepas, syukur ia rezeki saya apabila berjaya,” kata bekas banduan Muhammad Zainal Ariff Mat Zain, 23.

Beliau yang dibebaskan dari Penjara Kajang Oktober lalu setelah dipenjarakan sejak 2008 kerana terbabit dalam kegiatan jenayah, yang tidak bersekolah sejak Tingkatan Satu kerana desakan hidup, memperoleh keputusan 6A, 1B dan 1E.

Muhammad Zainal merupakan antara sembilan pelajar cemerlang SPM di Selangor menerima keputusan peperiksaannya daripada Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus di sini hari ini.

Beliau yang menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Integriti Kajang berkata, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak terutamanya guru-guru serta pihak penjara yang banyak memberikan sokongan kepadanya.

Beliau yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dan pengurusan berkata, pihak penjara memaklumkan kepadanya yang mereka akan bantunya untuk mendapatkan tempat bagi melanjutkan pelajarannya.

Muhammad Zainal Ariff, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan turut menyampaikan pesan kepada mereka yang senasib dengan dirinya supaya berani berubah kerana hanya diri sendiri yang mampu berbuat demikian. – BERNAMA
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • RM13,250 Harga Sewa Tapak Bazar Ramadan Di Kubang Pasu !!
    11.05.2016 - 0 Comments
    Musim untuk golongan peniaga kecil di Kubang Pasu, Kedah menambah pendapatan sempena bulan Ramadan…
  • (Video) Wanita Tampil Memberikan Penjelasan Isu Berebut Parking Di Langkawi
    02.06.2017 - 0 Comments
    Semalam telah viral video seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Khadijah dikatakan bersikap biadap…
  • (3 GAMBAR) Gadis mangsa toreh selamat bernikah
    04.01.2015 - 0 Comments
    Gadis yang menjadi mangsa toreh, Nur Syafiqa Lah, 22 tahun, dikhabarkan sudah selamat bernikah dengan…
  • GILA!! Menang RM17j nyawa terancam
    14.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta,…
  • FAKTA : Siapa Yang Mencipta GOOGLE
    16.03.2012 - 0 Comments
    Google Inc merupakan sebuah syarikat yang didagangkan secara umum. Saham mereka disenaraikan di Nasdaq…