ALLAHUAKBAR !! KESIAN MATI DALAM KEADAAN TERSEPIT ~ Bila Han Bercerita

Friday, 16 March 2012

ALLAHUAKBAR !! KESIAN MATI DALAM KEADAAN TERSEPIT






KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang
pemandu lori hantu terpaksa menempuh azab hampir setengah jam sebelum
disahkan meninggal dunia apabila tersepit antara pintu lorinya dengan
sebatang pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, Jalan
Felda Telang Satu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 2.20 petang itu, mangsa, Lau Hon Yong, 53, dari
Mantin, Negeri Sembilan menemui ajal di tempat kejadian selepas kepala
dan perutnya tersepit.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kerosakan kenderaan
berat berkenaan tanpa menyedari lori itu bergerak sendiri secara
perlahan dan hanya terhenti selepas menghimpit mangsa yang ketika itu
tersandar di batang pokok sawit berdekatan.



Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan
awal mendapati kejadian itu disedari pekerja ladang yang mendengar
jeritan mangsa sebelum menghubungi Balai Polis Trafik Lipis.
Menurutnya, sepasukan anggota polis dengan bantuan orang awam mengambil
masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara pintu lori
dengan pokok sawit berkenaan.

SUMBER
Share:

1 comment:

  1. allah....! apakah ini suratan takdir dia mati sedimikian rupa..

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • PM Israel lari Takut Kena Bom !!
    20.11.2012 - 0 Comments
    TV Israel melaporkan: "Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhdap Tel Aviv dan yang lebih…
  • COOL : Seni Lukisan Dari Puntung Rokok Dan Ubat Nyamuk!
    27.07.2012 - 0 Comments
    Seorang pelukis yang dikenali sebagai Yuli Prasetiawan mempunyai kemahiran melakar lukisan dengan…
  • Trump Selar Malaysia Sebagai 'Penipu'
    06.04.2017 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menyangkal tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang…
  • Hak Eksklusif Astro Akan Tamat, Pesaing Baru Bakal Tiba
    13.12.2015 - 0 Comments
    Hak monopoli sebagai stesen TV berbayar tunggal negara, Astro akan tamat pada 28 Februari 2017. Lapor…
  • GEMPAR !! ORANG ASLI MENANG KERETA MERCEDES
    26.02.2012 - 0 Comments
    TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI.. TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU Seorang orang asli telah memenangi kereta mewah…