PELIK !! WANITA INI SUDAH 10 TAHU TIDAK DUDUK ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 18 March 2012

PELIK !! WANITA INI SUDAH 10 TAHU TIDAK DUDUK




Sejak sepuluh tahun lalu, duduk menjadi sesuatu yang sangat menyiksa bagi Angela Whitbread. Sebuah kesenangan kecil yang kita anggap biasa ini bagaikan anugerah impian yang tak boleh lagi dimiliki wanita ini.

Penderitaan ibu beranak satu ini bermula sejak Januari 2000. Ketika itu dia menjalani histerektomi total. Malangnya, setelah pembedahan, dia merasa sakit dan rasa terbakar hebat pada pinggul, punggung bawah dan paha atasnya.

Angela hanya boleh berdiri tegak atau berbaring untuk menghindari rasa sakit tersebut. Sejak ‘penyakit saraf ini menimpanya, dia mengaku banyak kehilangan waktu bersama anak perempuannya, Francesca, 14.
“Yang saya inginkan adalah boleh pergi menonton filem bersama anak saya. Tetapi saya tidak dapat berdiri di panggung wayang,” ujarnya, seperti dikutip dari laman The Sun.

Angela, 57, bersama suaminya, Keith, 63 berusaha memperoleh pengubatan untuk meredakan rasa sakit namun tak banyak membantu. “Saya keluar-masuk hospital selama 10 tahun dengan kerusi kereta yang selalu diturunkan agar saya dapat berbaring.”

Hingga kini, Angela dan keluarganya terus berusaha memperolehi pengubatan yang tepat untuk mengurangi deritanya.

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Qnergi Dakwa Tudung Keluarannya Boleh Kurangkan Sakit Kepala
    15.05.2016 - 0 Comments
    Jika sebelum ini, jualan gelang ajaib bak goreng pisang panas kerana dikhabarkan mampu menyembuhkan…
  • Aiskrim Baskin-Robbins Percuma Seluruh Malaysia pada 8/8/2012
    03.08.2012 - 2 Comments
    Kepada yang masih belum tahu, Media Prima berkolaborasi dengan Baskin-Robbins Malaysia akan memberikan…
  • Tutorial menggunakan google search dengan betul
    11.07.2012 - 0 Comments
    Tidak ramai yang tahu bagaimana menggunakan enjin carian google dengan betul,sebab tu kadang2 bila kita…
  • (3 GAMBAR) Dato' M.Nasir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dari UUM
    09.11.2014 - 0 Comments
    Hari ini menerusi akaun Facebook beliau, Dato’ M.Nasir kongsikan beberapa keping gambar yang diambil…
  • Budak 9 tahun bawa Ferrari di India
    01.05.2013 - 0 Comments
    New Delhi: Polis di Kochi, negeri Kerala, selatan India berkata pihaknya sudah memfailkan dakwaan ke…