GILA !! Hisap dadah atas kubur ~ Bila Han Bercerita

Friday, 23 March 2012

GILA !! Hisap dadah atas kubur



NIBONG KUBUR – Tindakan biadab sekumpulan kaki dadah menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai port untuk melepaskan gian, membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam satu serbuan kira-kira jam 1 petang kelmarin.


Ketika ditahan, suspek berusia antara 20 hingga 40-an itu dipercayai sedang khayal selepas mengambil bahan terlarang itu.

Bagaimanapun, mereka lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, apabila menyedari kehadiran polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Tanah Perkuburan Syed Yahya itu.

Namun, mereka berjaya dicekup apabila polis sudah membuat kepungan awal di tanah perkuburan seluas kira-kira 200 meter persegi itu.

Pemeriksaan lanjut mendapati, salah seorang daripada tujuh suspek yang ditahan, menyembunyikan 70 pil berwarna kemerahan disyaki dadah jenis Methapethamine dalam seluar dalam dipakainya, manakala seorang lagi suspek memiliki serbuk putih dalam botol dipercayai dadah jenis Heroin yang ditemui dalam beg sandangnya.

Turut dirampas dalam serbuan terbabit termasuk beberapa buah motosikal milik suspek dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan tangkapan memaklumkan, kesemua suspek masing-masing berasal dari Kampung Sungai Buaya dan Bijangga itu ditahan, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • [WAJIB TAHU] 14 TANDA TANDA SI DIA MULAI CURANG
    15.03.2012 - 0 Comments
    Pertemuan pertama menerbitkan bibit cinta paling ulung. Kala itu seluruh alam indah bagaikan di syurga.…
  • Padah buang puntung rokok dalam lubang pembentungan
    14.04.2017 - 0 Comments
    TEHRAN, IRAN - Seorang lelaki terselamat dari maut selepas membuang puntung rokok ke dalam lubang…
  • Peniaga yang menggunakan bekas polisterin bakal didenda RM250 di Melaka
    05.01.2016 - 0 Comments
    EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin MELAKA:…
  • GEMPAR !! Saiful Apek positif dadah
    15.02.2012 - 1 Comments
    SAIFUL Apek berjalan keluar selepas kesnya ditangguhkan pada 27 Mac depan oleh Mahkamah Majistret,…
  • Mutiara terbesar di dunia seberat 34kg ditemui di Filipina
    25.08.2016 - 0 Comments
    MANILA: Pihak berkuasa Filipina percaya mutiara seberat 34 kilogram (kg) yang ditemui dalam kerang oleh…