COOL !! TELEFON BIMBIT TAG HEUR BERHARGA RM12,000 ~ Bila Han Bercerita

Friday, 16 March 2012

COOL !! TELEFON BIMBIT TAG HEUR BERHARGA RM12,000

Mahu Beli Telefon Bimbit Tag Heuer 'Racer'? Tak Mahal, RM12,000 'Jer'....


Bila sebut Tag Heuer, yang terlintas dalam fikiran kita adalah produk jam tangannya yang bergaya dan eksklusif.

Namun ramai yang tak tahu, selain daripada jam tangan, syarikat itu juga ada menghasilkan cermin mata dan yang terbaru, telefon bimbit.

Mengambil inspirasi daripada Formula 1, syarikat tersebut menghasilkan telefon pintar Android yang dikenali sebagai Racer



Menariknya, Tag Heuer Racer didatangkan dengan kerangka luar tahan gegaran (shockproof rubber chasis) yang diperbuat dari bahan tahan lasak iaitu karbon fiber dan titanium.

Tag Heuer mendakwa telefon pintar Racer ini dikuasakan oleh cip prosessor berkelajuan tinggi, menggunakan Android versi terbaru (merujuk kepada Android 4 Ice Cream Sandwich), memiliki interface 3D boleh diubah tetapannya mengikut kemahuan pengguna.

Apapun Tag Heuer Racer hanya akan dijual melalui ‘butik-butik mewah’ serta penjual jam dan berlian terpilih (selected watch and jewellery retailers) bermula Julai 2012 ini.

Pada yang ‘hantu’ telefon bimbit dan sanggup berhabisan duit kerananya, Tag Heuer Racer mungkin tidak boleh dilepaskan.

Tetapi sebelum itu, ingin diingatkan yang harganya dijangka mencecah RM12,000 seunit, ada berani?-sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! BASIKAL BOLEH LIPAT DAN DIGUNAKAN UNTUK PERGI KE KERJA
    03.03.2012 - 0 Comments
    SAMBIL melipat basikalnya dalam beberapa minit sahaja, Sonny Ikmal Ahmad Kamil, 29, kemudian memasukkan…
  • Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat-ubatan
    16.06.2012 - 1 Comments
    JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga…
  • Aaron Aziz Kecewa Filem Ombak Rindu Dikaitkan Dengan Pembatalan Konsert Erykah Badu
    04.03.2012 - 0 Comments
    Hari Jumaat yang lalu, Abang Long kita iaitu Aaron Aziz telah melahirkan rasa kecewanya kepada sesetengah…
  • (Video) Chef Wan Nyaris Masuk Semak Gara-Gara Belajar Memandu Kereta Manual
    16.09.2015 - 0 Comments
    Normal lah kan kalau ada perasaan cuak dan “nervous” tu bila pertama kali belajar memandu, tambah lagi…
  • Peluang Melihat Janggut Nabi Muhammad SAW
    22.02.2012 - 0 Comments
    KANTA pembesar digunakan untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah bekas di Masjid…