Pekerja dakwa dipecat selepas dituduh mogok di facebook ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 24 March 2012

Pekerja dakwa dipecat selepas dituduh mogok di facebook




KOTA BHARU – Seramai 41 pekerja kilang di Padang Tembak di sini, semalam mendakwa mereka dianiaya majikan apabila 21 daripadanya dikatakan dipecat sementara 29 lagi digantung kerja tanpa alasan munasabah.

Kumpulan pekerja itu bersama Pengerusi Majlis Permuafakatan Pekerja Muda, Rosdi Mat Zain hadir ke pejabat Sinar Harian di sini, semalam selepas menemui jalan buntu apabila terbeban dengan tindakan pihak majikan sebuah kilang tersebut.

Wakil pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 34, berkata, mereka diberikan surat penamatan perkhidmatan yang menuduhnya sebagai individu penyebar surat layang di facebook.

“Dalam kandungan surat itu saya juga dituduh menghasut pekerja lain untuk melakukan mogok pada 16 Mac lalu. Sedangkan saya tidak melakukan perkara tersebut dan mogok itu juga tidak berlaku.

“Sudah 17 tahun saya berkhidmat dalam syarikat itu dan sekarang saya rasa dianiaya apabila diberhentikan tanpa sebarang notis. Bagaimana saya hendak membayar hutang kereta, sewa rumah dan menganggung kos hidup kalau begini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja yang turut menerima nasib sama, Edy, 27, berkata, dia juga merasa ditipu apabila diberikan surat untuk ditandatangani tanpa diberitahu surat tersebut adalah persetujuan untuk dia diberhentikan.

“Mulanya, wakil syarikat itu memberitahu surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris tersebut ialah surat untuk mendapatkan cek gaji, tetapi mujurlah terbaca dan tidak menurunkan tanda tangan.

“Mereka tidak sepatutnya melakukan perkara seperti ini. Kami diberhentikan secara beramai-ramai dalam tempoh sebulan. Kalau nak berhentikan kami, ikutlah saluran undang-undang yang betul,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan-rakan bercadang membuat laporan polis untuk mengambil tindakan selanjutnya kepada pihak syarikat berkenaan.

“Kami rujuk ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) tetapi diberitahu kes ini perlu dibawa ke Mahkamah Perusahaan tetapi dimaklumkan hanya boleh dibantu sekiranya kami mahu bekerja kembali di syarikat itu,” katanya.


SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL LORH : Poster Topeng Yang Diilhamkan Dari Filem Ternama
    26.04.2012 - 0 Comments
    Direka semula oleh Alejandro de Antonio Fernandez,gua suka Vendetta dengan…
  • (Video) Doktor Keluarkan Cendawan Yang Tumbuh Dalam Perut Wanita
    13.04.2017 - 0 Comments
    Bayangkan apa yang korang makan boleh tertinggal dalam perut dan tumbuh selepas tu? Mungkin itulah yang…
  • Joe Hart Merupakan Penjaga Gol Yang Menerima Gaji Tertinggi Di Dunia
    06.12.2014 - 0 Comments
    JOE HART bakal muncul sebagai penjaga gol yang menerima bayaran gaji tertinggi di dunia selepas…
  • Misteri Rumah Tengah Sungai Terjawab
    17.05.2015 - 0 Comments
    Sebuah rumah bersendirian di Sungai Drina di Serbia telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya dari…
  • Budak 9 tahun bawa Ferrari di India
    01.05.2013 - 0 Comments
    New Delhi: Polis di Kochi, negeri Kerala, selatan India berkata pihaknya sudah memfailkan dakwaan ke…