Penderma Sperma Percuma Di AS Disiasat ~ Bila Han Bercerita

Friday, 16 March 2012

Penderma Sperma Percuma Di AS Disiasat


Penderma Sperma Percuma Di AS Di Siasat

WASHINGTON – Seorang lelaki yang mendermakan spermanya sedang disiasat pihak berkuasa sama ada dia melanggar peraturan pendermaan sperma di AS.

Berasal dari California, Trent Arsenault (gambar) berkata, dia menderma sperma atas dasar muhibbah kepada pasangan yang mengidam mendapatkan cahaya mata dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Lelaki berusia 36 tahun itu menjadi perhatian Pentadbiran Makanan dan Ubat AS (FDA) pada 2009 selepas dia mendakwa di laman webnya bahawa spermanya telah membawa kepada lebih 14 kelahiran.

Arsenault juga tidak mempedulikan surat amaran FDA yang mahu dia menghentikan kegiatan tersebut.

“Saya mahu terus aktif kerana saya banyak menerima e-mel daripada pasangan tiada anak yang meminta sperma saya.

“Cerita mereka sama, mereka tidak mampu menggunakan khidmat bank sperma kerana bayarannya terlalu tinggi,” kata lelaki itu.

Orang ramai yang membeli sperma daripada bank sperma berdaftar biasanya dikenakan bayaran di antara AS$200 (RM608) hingga AS$675 (RM2,052) untuk satu dos sperma.

Laman web peribadi Arsenault, trentdonor.org menyatakan dia berambut perang, bermata coklat dan bekerja dalam bidang teknologi maklumat di Lembah Silikon, California.

Mengulas berhubung isu tersebut, FDA dalam satu kenyataan kepada agensi berita AFP memberitahu, penderma sperma perlu terdahulu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin dan penyakit berjangkit. – AFP
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR!! Deejay Ikim FM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
    16.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia…
  • Apa Itu Selaput Dara??Semua Perempuan Ada Ke?
    21.02.2012 - 0 Comments
    APA ITU  SELAPUT DARA?? Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput…
  • 604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu
    28.10.2014 - 0 Comments
    Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu…
  • Inilah Fungsi Sebenar 2 Garisan Antara Kamera dan Lampu Flash iPhone
    25.08.2016 - 0 Comments
    Di zaman yang penuh canggih ini, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sesuatu yang asing. Kebanyakkan…
  • Kereta Pertama Dalam Sejarah Yang Disaman Kerana Memandu Laju
    18.05.2017 - 0 Comments
    Tahukah anda, Inilah kereta pertama dalam sejarah disaman kerana memandu laju. Kereta Arnold Benz ini…