COOL !! [SPIDERMAN SEBENAR]Robert panjat bangunan di Jakarta ~ Bila Han Bercerita

Monday, 26 March 2012

COOL !! [SPIDERMAN SEBENAR]Robert panjat bangunan di Jakarta




JAKARTA - Warga Perancis yang diberi nama jolokan, Spiderman, Alain Robert berjaya memanjat sebuah bangunan 50 tingkat setinggi 215 meter di sini semalam.

Bagaimanapun, Robert, 49, menggunakan tali dan abah-abah semasa dia memanjat bangunan Menara Bakrie itu.

Sebelum ini, dia terkenal kerana memanjat sejumlah bangunan tinggi tanpa menggunakan tali dan kelengkapan keselamatan.

Menurut portal berita tempo.co, dia mula memanjat pada pukul 10.25 pagi dan berjaya tiba di atas bangunan tersebut pada sekitar pukul 12 tengah hari.

Dia memanjat bangunan tersebut selepas diundang oleh pihak pengurusan syarikat televisyen swasta, antv.

Portal berita Gatra melaporkan, Presiden antv, Dudi Hendrakusuma, pihak berkuasa tidak akan membenarkan Robert memanjat jika dia tidak memakai peralatan keselamatan.

Beliau berkata, pihak polis memberlikan kelulusan untuk memanjat tiga hari lalu.

Robert diundang memanjat bangunan itu sempena ulang tahun ke-19 antv.

Antara bangunan yang pernah dipanjatnya ialah Yayasan Sabah, Kota Kinabalu di Sabah; Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur; Hotel Vermont di Rio de Janeiro, Brazil dan Menara Wilis, Chicago di Amerika Syarikat. - Agensi
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pelik : Untuk Mengubati Penyakit Asma, Orang Di India Menelan Ikan Hidup-Hidup
    22.07.2012 - 0 Comments
    Ribuan pesakit kelihatan berada di wilayah selatan India untuk mengubati penyakit asma mereka. Para…
  • GEMPAR !! Saiful Apek positif dadah
    15.02.2012 - 0 Comments
    SAIFUL Apek berjalan keluar selepas kesnya ditangguhkan pada 27 Mac depan oleh Mahkamah Majistret,…
  • COOL !! CARA PALING MUDAH UNTUK MENGELAKKAN TALI EARPHONE BERSIMPUL
    08.03.2012 - 0 Comments
    hey guys..Nak tahu x apa tekniknya?okay jom follow step macam dalam gambar ni cool kan?hehe-9GAG
  • GILA !! Nak Poligami Punya Pasal,Curi Cap Jari Isteri Yang Tengah Tidur!
    14.04.2012 - 0 Comments
    BESUT – Seorang suami berusia 55 tahun sanggup mencuri cap ibu jari tangan isterinya yang sedang tidur…
  • Kelebihan Dan Kekurangan TV Plasma/LCD/LED
    07.09.2012 - 0 Comments
    Teknologi semakin berkembang dari semasa ke semasa tidak terkecuali juga television. Perkembangan…