ALLAHUAKBAR !! KESIAN MATI DALAM KEADAAN TERSEPIT ~ Bila Han Bercerita

Friday, 16 March 2012

ALLAHUAKBAR !! KESIAN MATI DALAM KEADAAN TERSEPIT






KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang
pemandu lori hantu terpaksa menempuh azab hampir setengah jam sebelum
disahkan meninggal dunia apabila tersepit antara pintu lorinya dengan
sebatang pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, Jalan
Felda Telang Satu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 2.20 petang itu, mangsa, Lau Hon Yong, 53, dari
Mantin, Negeri Sembilan menemui ajal di tempat kejadian selepas kepala
dan perutnya tersepit.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kerosakan kenderaan
berat berkenaan tanpa menyedari lori itu bergerak sendiri secara
perlahan dan hanya terhenti selepas menghimpit mangsa yang ketika itu
tersandar di batang pokok sawit berdekatan.



Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan
awal mendapati kejadian itu disedari pekerja ladang yang mendengar
jeritan mangsa sebelum menghubungi Balai Polis Trafik Lipis.
Menurutnya, sepasukan anggota polis dengan bantuan orang awam mengambil
masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara pintu lori
dengan pokok sawit berkenaan.

SUMBER
Share:

1 comment:

  1. allah....! apakah ini suratan takdir dia mati sedimikian rupa..

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Fungsi Sebenar Tali Kecil Dibelakang Kemeja
    12.08.2016 - 0 Comments
    Pernah tak anda terfikir apa sebenarnya fungsi tali kecil yang terdapat di belakang kemeja ? Ada yang…
  • Risiko Buta Akibat Melihat Telefon Pintar Sebelum Tidur
    08.05.2017 - 0 Comments
    Menurut kajian daripada The New England Journal of Medicine, cahaya terang daripada telefon boleh…
  • TERKINI : Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha
    05.05.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan…
  • COOL : Inilah Blok Lego Kecil Yang Paling Mahal Di Dunia
    04.12.2012 - 1 Comments
    Lego ini disaluti dengan emas dan saiznya cuma 2x4 tetapi harganya adalah $14,449 dan ianya bersamaan dengan…
  • COOL !! Facebook Beli Instagram Bernilai $1 Bilion
    11.04.2012 - 0 Comments
    NEW YORK: Facebook membelanjakan $1 bilion untuk membeli syarikat perkongsian gambar, Instagram yang…