Guru Terkejut Ada RM30.59 Bilion Dalam Akaun Bank ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 January 2012

Guru Terkejut Ada RM30.59 Bilion Dalam Akaun Bank

Guru Terkejut Ada RM30.59 Bilion Dalam Akaun Bank


Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

“Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak,” katanya.

Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).


Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

“Kami cuba untuk memastikan apa yang silap,” kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

“Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai,” tambahnya. – AFP

Share:

Related Posts:

2 comments:

  1. kalau dapat kat aku memang tak la nak pulangkan.buat2 xtau la.haha

    ReplyDelete
  2. Ala tumpang sekejap je...pastu dia pindah kat akaun lain tu..

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pelajar Genius Malaysia Di London Simpan 30,000 Gambar Porno Kanak-kanak
    02.05.2015 - 0 Comments
    Seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia di penjara lima tahun semalam (waktu Malaysia) oleh…
  • COOL !! Air kencing manusia dijadikan pengganti minyak kereta
    24.03.2012 - 0 Comments
    SEBUAH perusahaan yang berkedudukan di Athens, Ohio, AS dan para mahasiswa di Ohio University telah…
  • COOL : Inilah Jalan Tercantik Di Dunia
    15.03.2013 - 0 Comments
    Rua Goncalo de Carvalho ialah sebatang jalan yang terletak di Porto Alegre, bandar terbesar di negeri Rio…
  • COOL : Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas
    19.11.2012 - 0 Comments
    Seorang pemburu meteor telah menghabiskan masa selama 20 tahun dalam mencari ketulan  batu…
  • Pergh !! Nuget Ayam Dijual Pada Harga RM 24 Ribu !!
    08.03.2012 - 0 Comments
    Nuget ayam ni harganya sekitar RM 24,000.00! wah! apa yg istimewanya?? sedap sangatkah?? dari baka ayam…