COOL !! Nenek belajar Karate kerana bimbang dirogol ~ Bila Han Bercerita

Friday, 9 March 2012

COOL !! Nenek belajar Karate kerana bimbang dirogol




PADA usia 60, 80 atau mungkin 100 tahun, wanita generasi warga emas
Karateka di Korogocho gigih mempelajari seni mempertahankan diri sebagai
langkah berjaga-jaga dalam meneruskan kehidupan di salah sebuah pekan
paling berbahaya di Kenya itu.

Terletak kira-kira 12 kilometer dari ibu negara Kenya, Nairobi,
kira-kira 155,000 penduduk Korogocho terpaksa hidup sesak di kawasan
penempatan bersaiz kurang dua kilometer persegi.

Kebanyakan generasi muda meneruskan hidup dengan mengais sisa makanan
yang boleh ditemui di kawasan pembuangan sampah gergasi, Dandora.

Meskipun ketika bersiar-siar di jalan utama pada waktu siang atau ketika
beratur mendapatkan bekalan air di pam utama, mempunyai risiko tersendiri.

Jadi di daerah tandus dengan binaan batu-bata lumpur dan besi lebur
berkarat ini, kehadiran Persatuan Streams of Hope and Peace (Sungai
harapan dan keamanan) umpama syurga yang menawarkan ketenangan dan
keyakinan.

Dengan hanya berbumbungkan plastik yang melindungi daripada sinaran
matahari terik dan tiang besi buruk yang dicat warna-warna ceria, rumah
persatuan itu memberi secebis harapan kepada ahli-ahlinya.

Kelihatan kira-kira 20 wanita warga emas berkaki ayam sambil berpakaian
usang dan menutup kepala, duduk dalam bulatan di atas tikar buruk di
pusat itu.

Mereka melaungkan kata-kata semangat menggalakkan seorang rakan yang
sedang menyerang karung tinju dengan bersungguh-sungguh.

Tumbukan wanita itu kurang kuat, tetapi menurut guru wanita-wanita
terbabit, *Sheila Kariuki,*kekuatan bukanlah perkara paling penting
dalam mempertahankan diri.

“Tidak perlu pukul dengan kuat untuk memastikan pukulan itu mengena,”
kata Kariuki yang baru berusia 29 tahun.

“Ketepatan adalah kunci teknik ini,” ujarnya sambil menunjukkan
demonstrasi titik lemah pada seorang lelaki muda yang menjadi ‘tikus
ujian’ untuk kelas berkenaan iaitu, hidung, dagu, tulang selangka dan
alat sulit.

Kumpulan mempertahankan diri itu bermula pada tahun 2007 sebagai langkah
serangan semula terhadap kumpulan samseng di Korogocho yang menyerang
dan merogol wanita tiga atau empat kali ganda usia mereka.

“Setiap kali budak-budak tersebut merompak, mereka akan memaksa
nenek-nenek ini meniduri mereka,” jelas* Mary Wangui*, 73, yang
merupakan pelajar paling tua dalam kelas dan kini bergelar guru.

“Lelaki muda percaya bahawa wanita- wanita lebih muda semuanya
dijangkiti Aids, jadi mereka sanggup merogol wanita tua kerana tahu
golongan ini tidak mempunyai pasangan lagi.”

‘Bintang’ utama persatuan istimewa ini adalah *Gladys Wanjiku*, yang
mendakwa sudah berusia 100 tahun – tetapi sungguh mengejutkan apabila
melihatnya menumbuk karung tinju dengan pukulan kuat dan berkeyakinan.

“Jika ada lelaki dengan niat jahat cuba merapati, saya akan
menumbuknya,” kata Wanjiku,” tersenyum yakin.

Dia juga bernasib baik kerana sehingga kini masih belum bertembung
dengan mana-mana penjahat.

“Saya sentiasa berdoa agar mereka tidak datang. Tapi jika ada penjahat
cuba merogol, sekarang saya tahu bagaimana hendak menyerang kembali,”
katanya.

Sementara itu, Kariuki yang mewujudkan kelas secara sukarela pernah
dilatih oleh seorang wanita Amerika mengenai teknik mempertahankan diri.

Kini, beliau pula mengajar pelajar-pelajar veterannya seni mempertahan
diri yang menggabungkan karate, kungfu dan taekwando.

Kumpulan yang tidak mempunyai dana apatah lagi sumbangan, berkumpul
seminggu sekali dalam sebuah bilik disediakan oleh sebuah badan
kebajikan. Satu lagi kelas disediakan untuk wanita muda di bawah 30 tahun.

“Saya ajar mereka memekik yang berbeza dengan menjerit. Bila anda
memekik, anda lebih terkawal, tenang dan memberitahu dunia yang anda
tidak mahu diganggu.

“Polis ada membantu mangsa, tetapi jumlah mereka terlalu sedikit jadi
wanita-wanita ini mengambil inisiatif untuk mempertahankan diri sendiri,
” tambahnya.

sumber
Share:

2 comments:

  1. Replies
    1. biasa la cik nurpiska.hehe.bak pepatah melayu sediakan payung sebelum hujan,dapat lindungi diri dari dirogol.hehe..kalau ada alat ni senang>

      http://hannsays.blogspot.com/2012/03/cool-alat-anti-rogol-yang-terkini.html

      Delete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...