PERGH : 'Pengurus palsu' larikan kamera bernilai RM51,694 ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 13 May 2012

PERGH : 'Pengurus palsu' larikan kamera bernilai RM51,694


Pengurus
BEE HOCK (kanan) dan Michael menunjukkan salinan laporan polis berhubung kecurian kamera di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan menanggung kerugian RM51,694 selepas 13 buah kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR) jenama Canon di kedainya di sini dilarikan oleh seorang lelaki yang memperdaya dua kakitangannya.

Mangsa, Tan Bee Hock, 53, mendakwa, semasa kejadian pada 27 April lalu, pekerjanya menerima panggilan telefon daripada lelaki yang mendakwa dirinya pengurus di salah satu kedainya di Klang dan meminta menyediakan 13 buah kamera untuk dibawa ke cawangan tersebut.

Bee Hock berkata, ketika itu dia tidak berada di kedai dan dua pekerjanya yang berumur 17 dan 18 tahun telah mengikut arahan lelaki tersebut tanpa pengetahuannya.

"Suspek meminta pekerja-pekerja saya menghantar kesemua produk itu ke pintu hadapan kedai namun mereka terkejut kerana tidak mengenali lelaki berkenaan.

"Bagaimanapun, suspek mengatakan dia mengambil kamera itu atas arahan pengurus cawangan Klang dan berpura-pura menghubungi pengurus tersebut melalui telefon bimbitnya," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Jalan Ampang di sini semalam.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Tips untuk mengetahui siapa yang selalu stalk facebook anda
    02.12.2012 - 2 Comments
    Lack of update these days brah.hari ni aku nak share dengan korang siapa yang selalu skodeng facebook…
  • Hole-y: Kasut Yang Dilengkapi
    09.05.2017 - 0 Comments
    Kasut berpenghawa dingin keluaran syarikat Chiyoda ini menggunakan konsep yang sama seperti terdapat pada…
  • Inilah Fungsi Sebenar Tali Kecil Dibelakang Kemeja
    12.08.2016 - 0 Comments
    Pernah tak anda terfikir apa sebenarnya fungsi tali kecil yang terdapat di belakang kemeja ? Ada yang…
  • (VIDEO) Pengantin lelaki ditumbuk gara-gara wang hantaran tidak cukup
    28.03.2016 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya…
  • RARE : Gambar Mcdonalds Pertama Di Malaysia
    13.08.2012 - 0 Comments
    Yosh.okay.gambar ni sangat rare,Mcdonald pertama di Malaysia di rasmikan pada 29 Mei 1982 dan bertempat…