Warga Emas Maut Dibaham Anjing Ketika Berjogging ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 9 May 2012

Warga Emas Maut Dibaham Anjing Ketika Berjogging




SUBANG JAYA - Rutin harian seorang lelaki warga emas berjoging mengelilingi kawasan perumahannya sejak 20 tahun lalu berakhir semalam apabila mangsa maut diserang seekor anjing peliharaan jirannya di Jalan 19/5E, SS19 di sini semalam.

Kejadian pukul 9.50 pagi itu berlaku ketika Yip Sun Wah, 74, berada kira-kira satu kilometer dari rumahnya dan telah hampir sejam berjoging di kawasan itu.

Ketika kejadian, mangsa seorang diri sebelum diserang seekor anjing jantan baka Pitbull peliharaan seorang penduduk.

Anjing yang keluar dari pintu tong sampah itu terus menerkam mangsa sebelum menggigit leher dan telinga kanan warga emas itu sampai mangsa mati di tempat kejadian.

Serangan empat minit itu disaksikan seorang jurujual kereta yang kebetulan lalu di kawasan itu untuk mengambil kereta pelanggannya.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Addy, 44, berkata, dia cuba membantu Sun Wah dengan memukul anjing itu menggunakan payung tetapi gagal kerana haiwan itu enggan beredar.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Pak Guard Rogol Murid Dalam Kelas Kosong
    21.04.2012 - 0 Comments
    REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama…
  • FUHH AZWAN ALI MENGAMUK KAT TWITTER LAGI
    06.05.2012 - 1 Comments
    Hey guys,korang tahu gua punya blog,bukan blog gossip artis ke apa.tapi saje jumpe benda2…
  • Mesin ATM UM Dipecah, RM 280,000 Lesap Dalam 10 Minit
    22.03.2012 - 0 Comments
    TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna…
  • Budak terkejut lintah masuk dubur
    14.05.2012 - 0 Comments
    MOHD. FARHAN menunjukkan lintah yang keluar dari duburnya di rumahnya di Ketereh, Kota Bharu…
  • Fakta : 10 Tempat Dilarang Tengok Dalam Google Maps
    21.03.2012 - 0 Comments
    Kita selalu menggunakan Google Maps sebagai rujukan untuk mengetahui sesuatu tempat. Boleh dikatakan…