Pergh Cawan teh Lady Gaga dilelong RM229,729 ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 8 May 2012

Pergh Cawan teh Lady Gaga dilelong RM229,729


Lady Gaga
GAMBAR menunjukkan Lady Gaga memegang cawan yang dilelong di Jepun.



TOKYO - Set cawan teh dan piring yang pernah digunakan sekali sahaja oleh penyanyi terkenal, Lady Gaga mendapat tawaran untuk dibeli pada harga 6,011,000 yen (RM229,729), menurut satu laman lelongan Jepun semalam.

Menurut penganjur, Yahoo! Jepun, lelongan di internet itu mendapat lebih 1,300 bidaan.

Ia berlangsung selama seminggu dan berakhir kelmarin.

Cawan tersebut pernah digunakan Lady Gaga, 26, pada satu sidang akhbar di Tokyo tiga bulan selepas tsunami melanda Jepun pada Mac tahun lalu.

Penyanyi itu memberitahu pemberita pada sidang akhbar itu bahawa dia akan melelong cawan tersebut yang mempunyai kesan gincunya.

Cawan tersebut turut mempunyai autograf Lady Gaga.

Hasil lelongan itu akan digunakan untuk membiayai artis muda Jepun yang berminat menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. - AFP
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Borang Permohonan BR1M 2015 Secara Online
    01.12.2014 - 0 Comments
    Borang Permohonan BR1M 2015 Secara Online. Seperti yang dibentangkan dalam bajet 2015 oleh Perdana…
  • PELIK !! LELAKI INI HILANG TEMPURUNG KEPALA SELEPAS KEMALANGAN
    07.04.2012 - 0 Comments
    PASIR MAS: Pelbagai gelaran diberikan terhadap dirinya, termasuk ‘makhluk asing’, namun, ia tidak…
  • COOL !! CARA PALING BERKESAN UNTUK MEMBERITAHU PADA KERAJAAN TENTANG KEROSAKN JALAN DAN MEMULIHKAN JALAN DENGAN SEGERA !
    14.03.2012 - 0 Comments
    nak tahu camne?check this out PROBLEM SOLVED.haha-9GAG
  • Lemaskan Sampai Mati, CCTV Bongkar Perilaku Bapa Tiri
    06.04.2017 - 0 Comments
    TEKA-TEKI kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di dalam sebuah kolam hotel di Morelia, Mexico,…
  • Keputusan SPM 2014 akan dikeluarkan pada 3 Mac ini
    19.02.2015 - 0 Comments
    PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan diumumkan pada 3 Mac ini, kata…

Artikel Lain

loading...