COOL : Google beli Motorola Mobility dengan harga AS$12.5 bilion ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 24 May 2012

COOL : Google beli Motorola Mobility dengan harga AS$12.5 bilion


LAMAN Google dipaparkan pada skrin telefon Motorola Droid. Pengambilalihan ini membolehkan Google menghasilkan rangkaian telefon pintarnya sendiri.



SAN FRANCISCO - Syarikat enjin carian Internet, Google Inc. menyempurnakan proses pembelian pembuat peranti, Motorola Mobility pada harga AS$12.5 bilion (RM39.2 bilion) kelmarin.

Pembelian itu diselesaikan selepas sembilan bulan Google Inc. membuat pengumuman mengejutkan bahawa ia mahu mengembangkan portfolionya kepada perniagaan perkakasan yang disifatkan sebagai berisiko tinggi dan mahal.

Langkah itu membuatkan Google kian aktif dalam perniagaan telefon bimbit yang diceburinya sejak empat tahun lalu menerusi pengenalan perisian Android keluarannya.

Seperti yang dijangka, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page menamakan orang kanannya, Dennis Woodside sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Motorola.

Woodside, 43, yang merupakan Presiden Google untuk rantau Amerika terkenal kerana berjaya membawa perolehan sebanyak AS$17.5 bilion (RM55 bilion) kepada Google melalui pengiklanan secara talian dalam tempoh tiga tahun.

Pengambilalihan itu direalisasikan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berpuas hati bahawa ia tidak akan membantutkan persaingan dalam pasaran telefon pintar.

Google dikatakan mahu memiliki Motorola kerana 17,000 paten telefon bimbit yang telah dihasilkannya. Selain itu, Google juga dilihat berminat untuk menghasilkan komputer tablet bagi menyaingi Apple iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon.com. Tablet itu bakal dikuasakan oleh perisian Android. - AGENSI

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Tahniah !! Jackie Chan Diberi Gelaran Datuk
    02.02.2015 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Pelakon dari Hong Kong, Jackie Chan mengejutkan ramai pihak apabila beliau hadir menerima…
  • Pelatih PLKN Mati Dipukul Di DAlam Bilik Air
    24.09.2013 - 0 Comments
    Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi,…
  • (Video) Restoran Di Jepun Yang Menjual Makanan Dari Tanah
    25.08.2016 - 0 Comments
    Restoran yang diberi nama Ne Quittez Pas itu biasanya menyajikan pelbagai jenis menu makanan laut ala…
  • ALLAHUAKBAR !! Tersepit bawah treler tapi masih hidup
    22.04.2012 - 0 Comments
    CEMAS... anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan awal…
  • (Fakta) Debu Gurun Sahara Menyuburkan Hutan Amazon
    09.04.2017 - 0 Comments
    Sebuah klip video keluaran NASA menayangkan hasil pengamatan satelit yang menunjukkan bahawa debu gurun…