GEMPAR !! Fosil dinosaur ditemui di Australia ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 8 May 2012

GEMPAR !! Fosil dinosaur ditemui di Australia


Fosil dinosaur
FITZGERALD memegang fosil dinosaur ceratosaur di Melbourne semalam.

SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam menyatakan, penemuan fosil baharu membuktikan bahawa Australia turut mempunyai dinosaur sama seperti tempat lain di dunia.

Seorang ahli paleontologi, Erich Fitzgerald berkata, satu fosil buku lali yang ditemui 87 kilometer dari bandar raya Melbourne menunjukkan ia ialah spesies dinosaur, ceratosaur yang hidup di Australia sekitar 125 juta tahun dahulu.

Menurutnya, penemuan tersebut menunjukkan Australia turut mempunyai dinosaur seperti tyrannosaur dan allosaur yang wujud di luar Australia.

"Dinosaur itu bukan seperti haiwan zaman moden termasuk kanggaru dan koala yang hanya terdapat di Australia," kata Fitzgerald.

"Berbeza dengan hidupan liar di Australia sekarang, dinosaur itu terdiri daripada kumpulan yang tersebar di seluruh dunia sebelum benua di bumi terpisah," tambahnya.

Ceratosaur merupakan dinosaur pemakan daging yang boleh membesar sehingga satu atau dua meter manakala panjang haiwan itu ialah tiga meter. - Agensi

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Mark Zuckerberg Dedah Kenapa Dia Memakai Baju Warna Sama Setiap Hari
    09.11.2014 - 0 Comments
    Billionair CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah mendedahkan kenapa dia memakai baju T-shirt berwarna…
  • (14 Gambar) Sekitar Majlis Pernikahan Syarif Sleeq dan Malaque Mahdly
    23.11.2014 - 0 Comments
    Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Syarif Sleeq yang hari ini telah sah bergelar suami kepada…
  • Litar Elektronik Paling Ringan Dan Nipis Di Dunia
    26.04.2017 - 0 Comments
    Litar bersepadu transistor organik yang ultra-nipis ini telah berjaya dicipta oleh sepasukan saintis yang…
  • ALLAHUAKBAR !! Keadilan yg dicari, penjara yang diberi
    09.03.2012 - 0 Comments
    berikutan entri lama Han DISINI Kisah untuk difikirkan iktibar, baik-buruk dan hikmah. Beliau memang…
  • Paderi Peluk Islam Selepas Terjaga dari Koma 17 Bulan
    22.10.2014 - 0 Comments
    Itulah petunjuk yang diberi olehNya kepada seorang paderi di Jakarta yang koma selama setahun lima…