Usain Bolt,lelaki terpantas dunia tinggalkan kekasih ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 13 May 2012

Usain Bolt,lelaki terpantas dunia tinggalkan kekasih


Usain Bolt


LONDON: Lelaki terpantas dunia, Usain Bolt, 25, dilaporkan berpisah dengan teman wanitanya yang juga pereka fesyen kelahiran Slovakia Lubica Slovak, semata-mata untuk memberi tumpuan kepada kemenangan emas pada sukan Olimpik London 2012.

Bintang pecut Jamaica itu dikatakan meninggalkan Slovak kira-kira enam bulan lalu supaya wanita berambut perang itu tidak mengganggunya ketika menjalani latihan untuk Olimpik.
Perpisahan Bolt dengan Slovak, 28, yang sebelum ini mendakwa kedua-dua mereka mempunyai hubungan ‘amat serius’ berlaku beberapa hari selepas perbalahan perkauman tercetus di negara asalnya berikutan beliau memilih seorang teman wanita berkulit putih.
Satu sumber yang rapat menyifatkan bahawa perpisahan itu ‘satu keputusan persefahaman antara dua orang dewasa’.

Ejen Bolt juga mengesahkan kepada MailOnline bahawa pelari pecut Jamaica itu kini bersendirian, tetapi tidak memberikan ulasan lanjut.

Bolt mendapat kritikan daripada rakan kulit hitamnya dari Jamaica yang tidak gembira berikutan beliau memilih pasangan kulit putih.

Satu kiriman di internet tertulis: “Usain! Sebilangan lelaki kulit hitam yang berjaya hidup sengsara kerana seorang wanita kulit putih. Anda juga mahu terima nasib sama?”. Satu lagi kiriman berbunyi: “Seorang lagi lelaki kita dirampas.”
Bantahan lain termasuk: “Daripada memilih seorang gadis di pulau ini, anda sebaliknya tertawan dengan seorang ‘snowbunny’, dan: “Superstar ini sentiasa mengecewakan dan tidak boleh diharap untuk meningkatkan maruah kita.”

Pelari yang diberi gelaran Lightning Bolt, terkenal dengan aksi memanah ketika menggayakan kemenangannya.

Beliau yang juga penyandang juara Olimpik dan pemegang rekod dunia bagi acara 100 dan 200 meter berharap untuk memecah rekod sendiri dan mengekalkan kejuaraan di London pada musim panas ini sambil disaksikan sendiri oleh Slovak.
Slovak berhijrah ke Kanada dengan bapanya ketika berusia 14 tahun dan mengikuti pengajian rekaan fesyen di Universiti Ryerson di Toronto.

Beliau berpindah ke Jamaica selepas ‘jatuh cinta’ dengan pulau itu ketika satu percutian pada 2000.

Slovak diperkenalkan kepada Bolt tahun lalu melalui seorang rakan mereka, penyanyi reggae, Tami Chynn.

Selepas pertemuan itu, Slovak menemubual Bolt untuk satu rencana bagi akhbar Slovakia dan mereka mula menjadi pasangan kekasih pada pertengahan November. – Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL!! TEKSI TANPA PEMANDU
    10.02.2012 - 0 Comments
    Perjalanan di dalam teksi adalah agak membosankan sekiranya anda tidak berbual2 dengan pemandunya. Tapi…
  • Serius ! Budak Ini Akan Mati Sekiranya Dia Berpeluh Kerana Menderita Penyakit Anhidrotic Ectodermal Dysplasia
    23.11.2014 - 0 Comments
    Fred James Mesti Berada dalam keadaan suhu normal, kerana berpeluh dapat menyebabkannya kehilangan nyawa…
  • WOW : Ahli Perniagaan Australia Mahu Bina Titanic Kedua
    30.04.2012 - 0 Comments
    SYDNEY – Salah seorang orang terkaya Australia, Clive Palmer hari ini mendedahkan rancangannnya untuk…
  • Gadis Thailand ini enggan jadi 
anak angkat Kim Kardashian
    23.11.2014 - 0 Comments
    LOS ANGELES 20 Nov. – Seorang gadis yang menetap di sebuah penempatan miskin di Thailand, membuat…
  • Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?
    30.01.2012 - 0 Comments
    Berita MegaUpload terus memeriahkan industri teknologi pada minggu ini, apabila kini, laman yang telah…