Fuhh Pencuci tandas ini peroleh ijazah ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 15 May 2012

Fuhh Pencuci tandas ini peroleh ijazah


FILIPAJ menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di New York kelmarin


NEW YORK – Seorang penjaga bangunan Universiti Columbia, Gac Filipaj merupakan antara pelajar cemerlang pusat pengajian tinggi itu.

Filipaj berusia 52 tahun dan dia bekerja membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut di sini.

Kelmarin, dia berasa bangga kerana menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam majlis konvokesyen universiti itu.

Filipaj belajar selama 12 tahun dalam pengajian klasik sambil bekerja sepenuh masa sebagai penjaga bangunan.

Pada awalnya, dia mempelajari bahasa Inggeris selepas melarikan diri daripada perang saudara di negara kelahirannya, Yugoslavia pada tahun 1992.

Berasal daripada etnik Albania, dia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana bimbang akan dipaksa menyertai tentera Serbia.

Selepas mendapat ijazah, Filipaj kembali bertugas sebagai penjaga bangunan di universiti berkenaan.

Namun, dia berharap akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

Penjaga bangunan tersebut masih menghantar wang kepada keluarganya yang bekerja di sebuah ladang di Montenegro. – Agensi

P/s :orang macam tu pon boleh berjaya tauu..dimana ada kemahuan disitu ada jalan.Yosh~
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Lelaki Mengaku Makhluk Asing, Ugut Polis Akan Musnahkan Bumi Jika Disaman
    30.04.2016 - 0 Comments
    Video mengenai seorang lelaki di Zhejiang China mula menjadi viral apabila dikatakan mengugut anggota…
  • WOW !! Iklan Kamera CCTV Dari Indonesia Yang Kreatif
    26.04.2012 - 0 Comments
    iklan yang awesome lol.very creative maa sumber
  • THE EASIEST TIPS TO GET A NUFFNANG BUFFERED EARNINGS
    18.03.2012 - 0 Comments
    Hey guys,what so very impressive tittle isnt?okay today i'll be going to share with you guys about the…
  • Krubera-Voronya, Gua Paling Dalam Di Dunia !
    17.05.2016 - 0 Comments
    Tidak hanya indah dan dianggap sebagai gua paling dalam di muka bumi, Krubera-Voronya yang juga dianggap…
  • Lelaki Ini Juara Dunia Buat Belon Besar Daripada Chewing Gum
    13.10.2012 - 0 Comments
    Fuhh.agak2 berapa dozen chewing gum dia kunyah neh..penat ni nak kunyah.lol.jom tengok lagi gambar kat…