PTPTN kekalkan caj satu peratus ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 24 May 2012

PTPTN kekalkan caj satu peratus




SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan meneruskan pelaksanaan caj perkhidmatan satu peratus untuk peminjam selagi kerajaan belum membuat keputusan untuk menghapuskannya.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, caj itu penting untuk PTPTN membiayai operasi serta menampung kos perluasan pentadbiran dengan pembukaan cawangan baru di Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

“Kami telah mengemukakan cadangan memansuhkan caj itu kepada kerajaan. Selagi belum ada keputusan, bayaran satu peratus itu akan dikekalkan,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebelum ini mencadangkan pemansuhan caj perkhidmatan itu ketika berdebat dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli di sini malam kelmarin.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • ALHAMDULILLAH,AKHIRNYA !!Mawi, Ekin Selamat Dapat Anak Perempuan
    28.02.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA – Nora’Asikin Rahmat, isteri kepada penyanyi Asmawi Ani, Mawi selamat melahirkan seorang…
  • Hobi Simpan Koleksi Video Lucah Bawa Padah
    12.07.2012 - 0 Comments
    KUALA TERENGGANU : Hobi bawa padah, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang pemandu lori yang…
  • Cara Buka Laman Web google.com Bukan google.com.my
    10.03.2012 - 0 Comments
    Mungkin sebelum ni ramai yang tidak mengetahui cara nak buka laman web google antarabangsa, selalunya…
  • Betul Ke Dira Abu Zahar Tidak Sesuai Di Melodi?
    07.05.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Pengacara Melodi, Dira Abu Zahar kurang memberikan impak kepada penonton dan disifatkan…
  • CARA KUNO ELAK LELAKI BERONANI
    19.02.2012 - 2 Comments
    Semua orang tahu bahawa onani ni lebih membawa keburukan berbanding kebaikan. Jadi, tak hairanlah onani…