Kereta dihempap bongkah batu di Hanoi ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 8 May 2012

Kereta dihempap bongkah batu di Hanoi


Kereta dihempap bongkah batu di Hanoi
BEBERAPA orang melihat bongkah batu yang menghempap sebuah kereta (kiri).



HANOI - Seorang pegawai menyatakan, sebuah kereta remuk manakala enam orang terbunuh selepas kenderaan tersebut dihempap bongkah batu sebesar rumah yang jatuh dari sebuah gunung di Vietnam.

Seorang pegawai tempatan, Keo Khon berkata, lima orang termasuk pemandu kereta mati di tempat kejadian di wilayah An Giang, selatan Vietnam pada Sabtu lepas.

Menurutnya, seorang lagi penumpang maut semasa dikeluarkan dari kenderaan tersebut manakala dua lagi masih dirawat di hospital.

Kata Khon semalam, semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menyertai satu upacara keagamaan di sebuah kuil di puncak gunung berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat kemalangan tersebut.

Menurut Khon, jalan raya menuju ke kuil berkenaan dibuka pada 2004 dan menarik kehadiran beribu-ribu pelawat pada setiap tahun. - Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Gila : Helah isteri buat laporan dirogol, tutup aib
    12.07.2012 - 0 Comments
    Gambar Hiasan MUAR - Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara…
  • Cara Mudah Membuat Perangkap Nyamuk Paling Berkesan
    07.05.2017 - 0 Comments
    Apa yang kita perlukan ialah : 200 ml air 50 gram gula perang 1 gram yis (yis ibu roti, boleh dibeli di…
  • COOL : Facebook kini membuka tawaran pekerjaan
    15.06.2012 - 0 Comments
    Hello everyone,aku baru je perasan benda ni,tapi tak tahu la kalau korang da tahu lame saje nak…
  • Bilionair AS dikesan hidap kanser prostat
    19.04.2012 - 0 Comments
    GAMBAR 6 Julai 2011 menunjukkan pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway, Warren Buffett bersiar-siar di Sun…
  • TENGOK ASTRO PRIMA SECARA PERCUMA
    29.05.2012 - 0 Comments
    KORANG SEMUA BOLEH TENGOK >DISINI < **Terpaksa buat ditempat khusus.kalau buat entri..nanti…