Johan (Raja Lawak) Nafi Sertai Sepahtu ~ Bila Han Bercerita

Friday, 11 May 2012

Johan (Raja Lawak) Nafi Sertai Sepahtu




PETALING JAYA: Pengacara dan pelawak Johan menegaskan khabar angin bahawa dia bakal menyertai kumpulan lawak Sepahtu adalah tidak benar sama sekali.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, berkata, dia terkejut apabila khabar angin tersebut menjadi perbualan umum malah telahpun diberitakan di ruangan pojok pada sebuah akhbar Ahad lalu.

"Khabar angin itu tidak benar. Saya pun terkejut apabila membaca ruangan pojok yang ditulis pada akhbar tersebut yang mengatakan saya bakal sertai Sepahtu.

"Bagi saya, ia merupakan sebuah khabar angin yang mengarut kerana saya tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan dengan hal ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Johan yang juga merupakan ahli kumpulan Jozan bersama Zizan Razak dengan nada berseloroh menambah, berita itu timbul mungkin kerana ada sebilangan orang yang ingin melihatnya dalam kumpulan tersebut.

Sementara itu, salah seorang ahli Sepahtu, Shuib berkata, dia juga terkejut apabila khabar angin itu tersebar luas kerana dia dan Johan tidak pernah pun berbincang mengenai kemasukan ahli baru dalam kumpulannya itu.

"Apabila membaca ruangan pojok itu, saya terkejut, kerana Johan pun tidak pernah berbincang dengan saya tentang hal ini.

"Saya bertanyakan kepada seorang lagi ahli Sepahtu, Jepp, dan dia juga tidak tahu tentang berita ini.

"Apa-apa pun, saya enggan mengulas lanjut tentang hal ini, rasa pelik pula apabila berita sebegini timbul," ujarnya.

Bagaimanapun kata Shuib, dia tidak mempunyai masalah sekiranya Johan ingin sertai kumpulannya itu bagi memeriahkan lagi industri hiburan tempatan.-sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 15 Tanda Awal hamil
    06.01.2015 - 0 Comments
    1. Payudara membengkak / terasa sakit  Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi…
  • Paha Cedera Gara-gara iPhone 6 Meletup Dalam Poket Seluar
    15.12.2015 - 0 Comments
    Seorang lelaki mengalami sedikit kecederaan dibahgain pahanya selepas iPhone 6 miliknya meletup secara…
  • GEMPAR !! AS Tahan Shah Rukh Khan, India Marah
    14.04.2012 - 0 Comments
    NEW YORK – India melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan…
  • Banduan Tersangkut Semasa Melarikan Diri Kerana Terlalu Gemuk
    28.12.2012 - 1 Comments
    Tiga orang banduan di Brazil telah membuat satu lubang di dinding lokap mereka dan cuba untuk melarikan…
  • COOL : [Video] Anonymous Godam Hampir 600 Laman Web Israel Sebagai Balasan Serangan Ke Atas Gaza
    22.11.2012 - 0 Comments
    Ketika tentera Israel menyerang Gaza minggu ini, dan pada masa yang sama mengumumkan akan mematikan…