FUHH Saiful Apek tuntut RM200,000 dari David Teo ~ Bila Han Bercerita

Friday, 11 May 2012

FUHH Saiful Apek tuntut RM200,000 dari David Teo




KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.


Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan.-sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Harga rumah dijangka naik 
tiga peratus selepas GST
    14.11.2014 - 0 Comments
    PUTRAJAYA 12 Nov. – Kerajaan menjangkakan harga rumah di seluruh negara mengalami peningkatan sebanyak…
  • (3 Gambar) Rekaan Terbaru Perodua Myvi 2015 Yang Lebih Garang
    20.12.2014 - 0 Comments
    Gambar kereta Perodua Myvi baru 2015 tersebar menerusi laman sosial. Perodua Myvi rekaan terbaru ini…
  • (Pelik) Minyak Wangi Dari Pizza Hut
    10.04.2017 - 0 Comments
    New York - Dengan usaha luar biasa yang bermula daripada rangkaian sosial, pihak Pizza Hut Inc. yang…
  • Pramugara China Ini Menjadi Sensasi Kerana Pelakon Korea Song Joong Ki
    13.06.2016 - 0 Comments
    Dengan populariti pelakon Korea, Song Joong Ki dari drama "Descendants of the Sun' kian membara,…
  • Payudara sihat dengan teh hijau
    20.02.2012 - 0 Comments
    Mungkin ramai yg telah mendengar tentang khasiat teh hijau untuk kesihatan payudara.. sebatian yg…