Budak terkejut lintah masuk dubur ~ Bila Han Bercerita

Monday, 14 May 2012

Budak terkejut lintah masuk dubur


MOHD. FARHAN menunjukkan lintah yang keluar dari duburnya di rumahnya di Ketereh, Kota Bharu semalam



KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.

Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.

"Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.

"Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.

"Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

P/s :erkk..gua blur selepas baca ni.terkejut.semuanya ketentuan Allah kn :)

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pelik ! Wanita Ini Menukar Namanya Kepada 'Abcdefg' kerana bosan dengan nama lamanya
    19.02.2015 - 0 Comments
    BOGOTA - COLOMBIA. Bosan dan inginkan kelainan, seorang wanita telah menukar namanya kepada Abcdefg…
  • PM: Ganjaran Chong Wei RM500,000
    12.08.2012 - 0 Comments
    Lee Chong Wei menunjukkan pingat perak yang dimenangi beliau pada temasya Sukan Olimpik. Jaguh…
  • COOL : 6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh
    14.03.2012 - 0 Comments
    Pertama : Kulit lebih Lembut dan Halus Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang 'water heater'…
  • (8 Gambar) Taman Beracun Di England
    25.08.2016 - 0 Comments
    Taman Alnwick merupakan sebuah kompleks taman formal yang terletak bersebelahan dengan Istana Alnwick di…
  • Gaya Tidur Bayi Yang Tidak Sesuai
    24.01.2012 - 0 Comments
    Entri kali ni mungkin sesuai untuk korang yang ada anak kecil kat rumah..Selalunya, anak kecil ni akan…