ALLAHUAKBAR !! Empat jam tercekik ikan puyu ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 April 2012

ALLAHUAKBAR !! Empat jam tercekik ikan puyu


ISMAIL menunjukkan bangkai ikan puyu yang melompat masuk ke dalam mulut cucunya di Machang, Kelantan semalam



KOTA BHARU – Seorang budak lelaki berusia empat tahun terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila tercekik seekor ikan puyu selebar tiga sentimeter di rumah datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang kelmarin.

Muhammad Akhif Danish Shamsuri terpaksa bertahan dalam kesakitan selama empat jam sebelum doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berjaya mengeluarkan ikan itu yang masih hidup dari dalam mulutnya.

Mangsa dipercayai cuba memegang ikan peliharaannya itu sebelum ia melompat ke dalam mulutnya.

Bapa mangsa, Shamsuri Shafie, 28, berkata, dia mendapat panggilan mengenai kejadian itu daripada adiknya sewaktu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

“Ikan puyu itu dikatakan tersangkut di dalam mulut anak saya dan hanya nampak ekor. Adik saya sempat memegang ekornya bagi mengelak ia terus masuk ke dalam kerongkong,” ujarnya ketika ditemui di hospital itu semalam.

Menurut Shamsuri, adiknya bergegas membawa mangsa ke Hospital Machang sebelum dipindahkan ke HRPZ II.

“Ketika itu mulut anak saya sudah berdarah terkena duri ikan itu. Nasib baik masih ada ruang untuk anak saya bernafas,” katanya.

Kata Shamsuri, doktor HRPZ II pada mulanya mahu melakukan pembedahan kecil pada bahagian halkum anaknya untuk mengeluarkan ikan tersebut.-SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Restoran McDonald's kantoi siar video lucah kepada pelanggan
    11.12.2014 - 0 Comments
    SWITZERLAND, (MLP) – Pelanggan yang berkunjung di sebuah restoran McDonald’s melalui pengalaman yang…
  • Adik Elfira Loy Bertudung Kerana Mimpi Kiamat
    28.12.2012 - 0 Comments
    Kehadiran adik kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, pada sidang media drama terbaru Debunga…
  • Jadual Perlawanan EURO 2012
    08.06.2012 - 0 Comments
    Hohoho,seperti yang kita tahu EURO 2012 bermula hari ini dengan 16 pasukan terbaik benua Eropah akan…
  • Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui
    25.08.2016 - 0 Comments
    Pakaian dalam wanita yang menyerupai bra tersebut telah ditemui di sebuah istana Zaman Pertengahan di…
  • Senarai menu dan kedai rakyat 1Malaysia - Makan pagi RM2 / Tengahari RM4
    25.02.2012 - 1 Comments
    Makan, makan dan makan..itula rutin rakyat Malaysia, memang negara kita ni kaya dengan pelbagai…