GILA !! LELAKI BERANG DAPAT ANAK HYPERAKTIF,BALING ANAK KE DINDING ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 10 April 2012

GILA !! LELAKI BERANG DAPAT ANAK HYPERAKTIF,BALING ANAK KE DINDING




ULU TIRAM: Akibat tertekan dengan dua anaknya yang hiperaktif, seorang lelaki didakwa melepaskan geram dengan menghumban kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun itu umpama bola ke dinding sejak setahun lalu sebagai alasan mahu mendisiplinkan mereka.

Lebih mengecewakan, selepas dua kanak-kanak itu dihantar ke pusat perlindungan bermula pertengahan Januari lalu, lelaki berkenaan terus bertindak kejam dengan memukul isterinya dalam lebih 10 kejadian berasingan kerana melahirkan anak hiperaktif.

Mangsa keganasan rumah tangga, Vani, 32, berkata dia tidak sangka suaminya yang juga pemandu van dan bersikap penyayang sejak mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu, bertukar agresif dipercayai akibat ketagihan minuman keras.

Menurutnya, sejak setahun lalu, dua anaknya termasuk anak perempuan sulung, Anita, 9, dan anak lelaki, Jaya, 7, menjadi mangsa suaminya yang kerap menghukum mereka dengan memukul dan membaling mereka ke dinding.


Katanya, lebih membimbangkan, akibat perbuatan itu, kedua-dua anaknya cedera di beberapa anggota badan termasuk di wajah sehingga Anita menerima jahitan di bawah dagu pada awal Januari lalu.

SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pelik ! Wanita Ini Jual kentut di eBay
    21.12.2014 - 0 Comments
    Laman web ebay merupakan antara laman web jual beli paling popular di dunia. Boleh dikatakan apa sahaja…
  • Keburukan Guna Laptop Tanpa Bateri
    01.08.2012 - 1 Comments
    Pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi…
  • Cool : Lelaki Ni Print T-Shirt dan Bag Guna Penutup Longkang Je
    18.08.2016 - 0 Comments
    Selalu kalau nak buat baju mesti nak kena design dulu kemudian hantar kedai mereka akan guna macam-macam…
  • GILA !! Hisap dadah atas kubur
    23.03.2012 - 0 Comments
    NIBONG KUBUR – Tindakan biadab sekumpulan kaki dadah menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai port…
  • Fakta: 7 Pokok Yang Paling Berbahaya Di Dunia
    03.11.2014 - 0 Comments
    1. The Manchineel Pada hari ini, pokok tersebut dikenali sebagai "manzanilla de la muerte" dalam…