Mat Haron Bukan Nama Sebenar Aaron Aziz ~ Bila Han Bercerita

Monday, 2 April 2012

Mat Haron Bukan Nama Sebenar Aaron Aziz




KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2012: Nama Aaron Aziz yang semakin melonjak kini sudah pastinya menjadi perhatian ramai. Ini termasuklah cerita tentang nama betulnya yang telah keluar dalam sebuah forum carian terkenal tempatan yang memaparkan nama sebenar pelakon berkenaan.

Dalam forum itu, Aaron Aziz didakwa telah memaparkan namanya sebagai Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha. Terdapat juga salinan kad pengenalan Republik Singapura milik hero filem tersebut yang menjadi pertanyaan adakah ia palsu ataupun sah.

Bagi mendapatkan kepastian, portal murai.com.my telah menghubungi Diyana yang merupakan pengurus dan juga isterinya bagi mendapatkan keterangan lanjut daripada mulut Aaron sendiri mengenai hal ini.

sumber-forum CARI-


"Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.

"Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.

"Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya," jelas Diyana.

Diana juga berkata, kejadian ini adalah sekadar perkara yang mahu diada-adakan.

Dia juga berkata, mungkin ada individu yang kurang senang atau juga tiada kerja selain mengada-adakan berita-berita seperti ini.

SUMBER
Share:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 4 Sebab Wanita Menggemari Lelaki Yang Lebih Berusia
    30.01.2012 - 0 Comments
    Pasti anda sebagai lelaki sejati yang berwajah tampan dan berbadan sasa berasa pelik mengapa wanita…
  • Rahsia Pergerakan Otot Semasa Solat
    27.02.2012 - 0 Comments
    Cuba kaji pergerakan -pergerakan yang di lakukan dalam semasa solat setiap hari.Secara kasarnya kita akan…
  • Jambatan Ngeri di Zhangjiajie Tianme Mount
    19.01.2012 - 0 Comments
  • Reaksi Selebriti Tempatan Tentang Pembatalan Konsert Erykah Badu
    29.02.2012 - 0 Comments
    Rata-rata selebriti tempatan menyatakan kekesalan mereka terhadap pembatalan konsert Erykah Badu. Daphne…
  • Kejutan Malam Pertama Si Pengantin
    06.08.2012 - 0 Comments
    “Kita akan begini selamanya...tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!”…