GILA !! Perpustakaan beli sebuah buku RM44 juta ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 19 April 2012

GILA !! Perpustakaan beli sebuah buku RM44 juta




LONDON - Buku tertua di Eropah yang masih berada dalam keadaan sempurna, Gospel St. Cuthbert akan kekal di Britain selepas Perpustakaan British mengumpul dana £9 juta (RM44 juta) untuk membeli kitab berkenaan.


Separuh daripada RM44 juta yang diperlukan bagi membeli buku agama Kristian dari kurun ke-7 berkenaan datang dari Dana Memorial Warisan Kebangsaan dengan bakinya dibayar oleh beberapa yayasan amal, tabung amanah dan sumbangan orang awam.


"Kesemua muka surat, ikatan benang buku ini masih sempurna, sekali gus menghubungkan kita dengan nenek moyang kita 1,300 tahun dahulu," kata Ketua Eksekutif, Perpustakaan British, Lynne Brindley.


Ia ditanam bersama mayat seorang pemimpin awal Kristian di Lindisfarne, timur laut England sekitar tahun 687.


Buku berkenaan ditemui semula di Gereja Durham pada 1104 apabila keranda tersebut terpaksa dipindahkan ekoran serangan bangsa Viking.


Buku yang dipinjamkan kepada perpustakaan itu sejak tahun 1979, dijual oleh sebuah persatuan Kristian untuk mengumpul dana bagi tujuan pendidikan dan pemuliharaan gereja.-SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • WOW !! Senyum 45 saat terima US$1.5 Juta !!
    21.03.2012 - 0 Comments
    Dia tampil di iklan produk kopi Itali, Lavazza, Julia mendapat bayaran US$ 1,5 juta. Dan di iklan…
  • COOL : Cara Pokok Krismas Sebenar Di Hasilkan Di Carolina
    02.04.2013 - 0 Comments
    Setiap tahun menjelang Krismas, pihak ladang ini akan mulai bersedia untuk menyediakan stok pokok Krismas…
  • Perkataan
    11.05.2016 - 0 Comments
    Bas merah Landon yang menjadi ikonik untuk pengankutan awam bandar-bandar di England nampaknya telah…
  • Slime Tire Sealant : Gajet Ini Memang Bantu Pemandu Wanita Yang Tak Reti Tukar Tayar Kereta Time Bocor
    16.04.2017 - 0 Comments
    Anda tak kan tahu bila tayar kereta akan alami kebocoran. Sebabnya malang itu tak berbaukan. Macam mana…
  • Cara Mudah Membuat Perangkap Nyamuk Paling Berkesan
    07.05.2017 - 0 Comments
    Apa yang kita perlukan ialah : 200 ml air 50 gram gula perang 1 gram yis (yis ibu roti, boleh dibeli di…