GILA !! Pak Guard Rogol Murid Dalam Kelas Kosong ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 21 April 2012

GILA !! Pak Guard Rogol Murid Dalam Kelas Kosong




REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama ­seorang pelajar asrama di ­sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu.

Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima.

“Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.


“Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan ­itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan ­reman dari 16 hingga 23 April ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat. (SINAR HARIAN)

P/s :HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI..
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Gambar Selfie Pertama Di Dunia Yang Dirakam Pada 1909
    26.10.2014 - 0 Comments
    Gambar selfie pertama dirakam di dunia ini dipercayai diambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas…
  • COOL : “Deo”, Gula-Gula Yang Membuatkan Badan Anda Menjadi Wangi
    01.12.2012 - 0 Comments
    Deo Perfume Candy mampu membuatkan semua orang yang memakannya mempunyai aroma seperti bunga mawar segar…
  • Rangka
    01.05.2013 - 0 Comments
    Rangka sepasang kekasih berusia antara 1450 dan 1550 tahun ditemui dalam posisi berpegangan tangan di…
  • Bos 99 Speedmart Beri Respon Isu Salah Tag Harga
    05.01.2015 - 0 Comments
    Bos kepada Susulan 99 Speedmart Alam Avenue, Mohd Hafizuddin bin Rahmad telah tampil bagi memberikan…
  • Hati-hati Jika Guna PC Di Cyber Cafe
    10.02.2012 - 0 Comments
    Salam semua..Hann rase entry ni sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe…Ok,sebelum…