GILA !! Kanak-kanak 10 tahun lahirkan bayi 2.3kg ~ Bila Han Bercerita

Friday, 6 April 2012

GILA !! Kanak-kanak 10 tahun lahirkan bayi 2.3kg




BOGOTA - Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram.

Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean.

Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu.

Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.

Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.

Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan.

SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Alat Kelamin Tak Berfungsi, Tak Jadi Rogol
    27.07.2012 - 0 Comments
    KAJANG – Seorang suri rumah berusia 44 tahun tidak menyangka kedatangan abang iparnya pada waktu pagi…
  • Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA
    10.05.2016 - 0 Comments
    Bagi kebanyakkan rekaan pesawat, dengan memasang sayap, ia boleh menjurus kepada kenaikan kos harga…
  • [Video] Taiyuddin Bakar Perjelas Maksud Sebenar Di Sebalik Istilah Apa Celop?
    28.02.2012 - 0 Comments
    Nama Taiyuddin Bakar atau Tai kini semakin di’kenali lebih lagi apabila beliau muncul di kaca TV dengan…
  • WAJIB TAHU : BAHAYA MINUM AIR
    18.01.2012 - 0 Comments
    contoh air RO yg dijual di Malaysia hari ni Hann nak cerita sedikit tentang keburukan air RO(Reverse…
  • Pemandu Teksi Jujur Jumpa RM680ribu Dalam Teksi
    13.10.2012 - 0 Comments
    LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu teksi di sini, Adam Woldemarim diberi ganjaran sebanyak…