GEMPAR !! AS Tahan Shah Rukh Khan, India Marah ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 14 April 2012

GEMPAR !! AS Tahan Shah Rukh Khan, India Marah




NEW YORK – India melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kira-kira 90 minit di lapangan terbang White Plains dekat sini, hari ini.

Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian meminta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan.

Aktor itu tiba di lapangan terbang White Plains dengan menaiki pesawat peribadi untuk menghadiri satu majlis di Universiti Yale.

Pihak berkuasa kastam dan perlindungan sempadan memohon maaf atas insiden itu.

Jurucakap Kedutaan AS di Delhi, Peter Vrooman juga memohon maaf “jika Shah Rukh Khan berhadapan dengan situasi yang tidak selesa atau sebarang kelewatan.”

Tidak jelas sebab aktor itu ditahan di lapangan itu.

Pada 2009, Shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang Newark dan kemudian dibebaskan selepas campur tangan India di AS.

Ketika itu, Shah Rukh Khan berkata dia ditahan sebab membawa nama Islam.

Pegawai-pegawai AS menafikan Shah Rukh Khan ditahan, tetapi menekankan bahawa dia hanya disoal siasat.

“Permohonan maaf Amerika menjadi sesuatu yang mekanikal,” kata Krishna hari ini.

Krishna juga telah meminta Duta India di AS, Nirupama Rao mengemukakan protes kepada kerajaan negara itu.

SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • HEBAT !! Penyanyi Asal DORAEMON
    31.01.2012 - 0 Comments
    Selalu Kita Dengar Lagunya.. Kali Nie Kita Lihat Penyanyinya.... Lagu Persembahan Pentas Doraemon Yang…
  • COOL !! PM Singapura buka akaun Facebook
    25.04.2012 - 0 Comments
    SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melancarkan laman Facebook miliknya semalam untuk…
  • Terlepas hukuman walaupun mengaku salah merogol gadis bawah umur
    13.08.2012 - 2 Comments
    Noor Afizal Azizan PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat…
  • COOL :
    04.11.2012 - 1 Comments
    Teori di sebalik Jalan Raya Muzikal ini amat mudah: apabila sebuah kereta dipandu  sepanjang jalan…
  • Serius !! Wanita Ini Makan 1 Tan Bedak Talkum Setiap Hari
    14.07.2016 - 0 Comments
    Pelik tapi benar. Seorang wanita dan juga ibu dari Britain mendedahkan “makanan” kesukaannya iaitu bedak…