GILA !! Nak Poligami Punya Pasal,Curi Cap Jari Isteri Yang Tengah Tidur! ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 14 April 2012

GILA !! Nak Poligami Punya Pasal,Curi Cap Jari Isteri Yang Tengah Tidur!




BESUT – Seorang suami berusia 55 tahun sanggup mencuri cap ibu jari tangan isterinya yang sedang tidur dalam usahanya berkahwin dua.

Kejadian itu disedari isteri pertama lelaki itu pada malam Isnin lalu apabila rahsia suaminya berkahwin seorang lagi pecah.

‘Perang besar’ tercetus antara pasangan dari sebuah kampung dekat Kampung Tembila, kira-kira 11.59 malam Isnin lalu, apabila suaminya memberitahu telah berkahwin dengan seorang wanita di selatan Thailand, Februari lepas.

Difahamkan, selepas didesak isteri pertamanya, lelaki itu memberitahu, dia sudah mendapatkan persetujuan isterinya itu bagi pengesahan pernikahan apabila si isteri menurunkan cap ibu jarinya pada satu borang khas.

Isterinya berang kerana tidak pernah berbuat demikian lalu membuat laporan polis mendakwa suaminya mencuri cap jarinya ketika tidur tanpa kerelaannya, pada keesokan hari.


Dikatakan, tujuan suaminya mencuri cap jari itu adalah bagi pengesahan pernikahan dengan isteri keduanya yang dilakukan di negara jiran.


Wanita itu pula langsung tidak sedar kejadian tersebut, malah tidak perasan sama ada terdapat kesan pewarna hitam pada ibu jarinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu Selasa lalu, yang dibuat di Balai Polis Jertih.

Kata beliau, tujuan wanita itu membuat laporan polis adalah bagi memanjangkan kes ini ke pejabat agama daerah atau mahkamah rendah syariah.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Daerah Besut, Azmi Tengah memberitahu, dalam masa terdekat ini pihaknya belum lagi menerima aduan mengenai kes itu.(SINAR HARIAN)
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia
    25.10.2014 - 0 Comments
    Sheikh Abdul Qadir Al-Taha Sheibi meninggal dunia di Mekah pada Khamis MAKKAH: Penjaga kunci tradisional…
  • SELAMAT HARI JADI YANG KE 58 JACKIE CHAN !!
    10.04.2012 - 0 Comments
    fuyohh..7/4 is our master kungfu birthday la.that would be awesome kan? tengok la kek dia..jackie chan…
  • Akhir Zaman, Pokok Yahudi Dijual Online
    06.01.2015 - 0 Comments
    Zionis Israel berusaha menanamkan pokok ghargad, pohon Yahudi di tanah yang berjaya mereka rebut dari…
  • Anjing ini warisi harta tuannya yang bernilai RM5.4 juta
    22.01.2015 - 0 Comments
    Pemilik Rose Ann Bolsany bergambar di New York dengan Bella Mia. Sumber foto mirror.co.uk. NEW YORK -…
  • Tauge Mampu Menyumbang Kepada Kesuburan Lelaki Dan Wanita
    22.05.2012 - 1 Comments
    Sayur taugeh selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dimakan bersama nasi. Walaupun badannya…