COOL !! PM Singapura buka akaun Facebook ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 25 April 2012

COOL !! PM Singapura buka akaun Facebook




SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melancarkan laman Facebook miliknya semalam untuk berkomunikasi dengan rakyatnya.

Pembukaan akaun di laman itu dibuat selepas semakin ramai rakyat Singapura melepaskan kekecewaan terhadap pemerintah menerusi media sosial.

Hsien Loong, 60, berkata, beliau memutuskan untuk membuka akuan Facebook selepas didorong oleh rakan-rakan kabinetnya yang telah menggunakan laman rangkaian sosial popular tersebut.

"Saya berharap anda akan menemui laman Facebook saya sebagai menarik. Saya akan menggunakan ia bagi bercakap mengenai beberapa perkara yang saya lakukan dan fikirkan tetapi saya juga inginkan pandangan anda.

"Marilah kita gunakan laman ini untuk membantu membangunkan idea dan memahami tentang perkara yang boleh dilakukan bersama bagi memperbaiki kehidupan kita.

"Sebagai pengguna baharu Facebook, saya menghargai pendapat, cadangan dan yang paling penting, kesabaran anda," katanya dalam mesej pertamanya di Facebook.

Dalam tempoh beberapa jam selepas dilancarkan, laman Facebook beliau mendapat lebih 400 komen. - AFP
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • WAJIB TAHU,Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus
    12.03.2012 - 0 Comments
    Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus. Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat…
  • COOL : Sejarah awal gambar Tunku pada wang ringgit Malaysia
    07.08.2012 - 0 Comments
    Berpuluh-puluh tahun kita simpan gambar wajah Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada…
  • 10 Pistol Terbaik Di Dunia
    09.02.2012 - 0 Comments
    Pistol merupakan senjata api yang boleh digunakan hanya dengan satu tangan. Perkataan ‘pistol’ mulai…
  • FAKTA WAJIB TAHU,10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera!
    09.03.2012 - 0 Comments
    Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi…
  • COOL!! CARA-CARA HILANGKAN DAGU BERLAPIS
    16.02.2012 - 1 Comments
    Dagu berlapis merupakan istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan lemak bawah kulit yang wujud dan…