Bilionair AS dikesan hidap kanser prostat ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 19 April 2012

Bilionair AS dikesan hidap kanser prostat


GAMBAR 6 Julai 2011 menunjukkan pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway, Warren Buffett bersiar-siar di Sun Valley, dalam negeri Idaho bersama isterinya, Astrid.



OMAHA, Amerika Syarikat (AS) - Bilionair AS, Warren Buffett kelmarin memberitahu, beliau dikesan menghidap kanser prostat peringkat awal.

Namun, Buffet cuba menyakinkan para pemegang saham syarikat pelaburan miliknya, Berkshire Hathaway Inc. bahawa keadaannya tidak mengancam nyawa.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berkshire Hathaway Inc. berusia 81 tahun itu menyatakan dalam surat kepada pemegang saham bahawa beliau bakal menjalani rawatan kemoterapi selama dua bulan pada pertengahan Julai depan.

Menurut Buffet, rawatan tersebut akan menghadkan perjalanannya, namun tidak menjejaskan rutin beliau.

"Saya rasa hebat seolah-olah berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Tahap tenaga saya ialah 100 peratus. Saya mendapat tahu mengenai kanser itu kerana tahap PSA (Antigen Spesifik Prostat) baru-baru ini naik melebihi tahap normal. Jadi saya perlu menjalani ujian biopsi," katanya.

Menurut Buffett, beliau didiagnosis pada 11 April lalu dan sudah menjalani ujian imbasan CAT, tulang serta pengimejan resonan magnetik (MRI).

Buffett terkenal kerana pendekatan luar biasa dalam pelaburan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau menjadi salah seorang dermawan paling pemurah.

Ahli perniagaan dari AS itu berada di tempat ketiga individu terkaya di dunia dalam senarai majalah Forbes dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$44.6 bilion (RM136.7 bilion). - Agensi
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Askar Israel Disepak Budak Perempuan Palestin Berumur 10 Tahun
    25.01.2013 - 0 Comments
    Seorang budak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah video sedang memukul seorang…
  • Tasik Ini Diiktiraf Sebagai Tasik Terjernih di Dunia
    26.04.2017 - 0 Comments
    Percaya atau tidak, tasik Blue Lake yang terletak di Taman Negara Nelson Lakes ini diiktiraf mempunyai…
  • GILA !! Terperangkap dalam kereta selama dua bulan
    20.02.2012 - 0 Comments
    SEORANG lelaki yang ditemui kelmarin terperangkap di dalam kereta ini yang dipenuhi dengan salji tebal di…
  • COOL !! KADAR MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI
    03.03.2012 - 1 Comments
  • GILA !! ‘Pinjam’ ayah untuk harta !!
    24.02.2012 - 0 Comments
    JOHOR BAHRU: Amat menyedihkan apabila lima anak seorang warga emas hanya ‘meminjam’ ayah mereka beberapa…